Kerajaan dalam usaha meminda Akta Rumah Judi Terbuka 1953 bagi memperluas skop kuasa badan penguatkuasa selaras cabaran membanteras aktiviti perjudian masa kini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, draf pindaan kini sudah berada di Jabatan Peguam Negara dan berharap dapat dibentangkan di Parlimen dalam sesi sidang Dewan Rakyat yang akan bersambung semula Mac ini.
Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beberapa perkara dalam akta tersebut perlu diperhalusi ekoran terdapat kekangan perundangan yang membataskan aktiviti penguatkuasaan khususnya kegiatan yang beroperasi atas talian.
“Saya sedar ada permasalahan yang berat terhadap usaha untuk melakukan pembenterasan terhadap aktiviti perjudian kerana perjudian yang melibatkan penggunaan peralatan atas talian agak menyukarkan pihak berkuasa untuk melakukan tindakan," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Minum Petang Amal Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) & Tribute Untuk Allahyarham Ahmad Bin Idris (ABI) di sini hari ini.
Jelasnya, walaupun polis juga berdepan cabaran dengan kelicikan sindiket judi yang menjalankan kegiatan di premis perniagaan, kerjasama baik telah diberikan pihak berkuasa tempatan bersama pihak lain berkaitan.
"Antaranya kerjasama daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membekalkan elektrik ke kawasan premis yang dijadikan pusat perjudian tetapi pihak Telekom Malaysia Berhad (TM) yang membekal fixed line atau talian tetap menghadapi masalah kerana ia tidak lagi digunakan.
“Sebaliknya, mereka menggunakan telefon pintar untuk menjalankan aktiviti perjudian dan jika pihak berkuasa melakukan penangkapan, mereka akan menggunakan taktik lain termasuk menukar nombor dan sebagainya,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut mengalu-alukan kerjasama daripada badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan judi yang didapati masih beroperasi.
Katanya, penguatkuasaan harus dilakukan pihak yang memiliki kuasa menjalankannya dan tidak mudah untuk membenarkan NGO menjalankan operasi bersendirian.
Selain itu, beliau juga mengingatkan masyarakat untuk tidak mudah membuat tuduhan terhadap pegawai dan anggota penguatkuasa terlibat dengan kegiatan perjudian yang menyebabkan kegiatan tidak bermoral itu terus wujud dalam negara.
“Jangan mudah menuduh adanya pegawai atau pihak berkuasa yang menutup sebelah mata atau kedua-dua belah mata untuk membiarkan aktiviti dijalankan.
“Sebenarnya sindiket judi ini terlalu licik, di samping kita tak nafikan mungkin ada segilintir dua yang terdiri daripada pegawai penguatkuasa yang mungkin ‘dibeli’ oleh sindiket berkenaan.
“Itu kita tidak akan berkompromi jika ada bukti kukuh, sila serahkan kpd saya tentang penglibatan pegawai-pegawai berkenaan yang dapat bayaran daripada tauke-tauke judi,” tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid memaklumkan berhubung Macau Scam bahawa dalangnya yang merupakan warga Malaysia dan Taiwan telah dihantar ke China sebanyak dua kali untuk menjalani hukuman di sana.
Ia merupakan kerjasama dua hala antara kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri dengan kerajaan China melalui Kementerian Keselamatan Awam China untuk menjalankan hukuman terhadap individu terlibat selepas proses siasatan dan pertuduhan selesai.
Israr Khalid
Tue Feb 14 2017
TPM: Kerajaan dalam usaha meminda Akta Rumah Judi Terbuka 1953 bagi memperluas skop kuasa badan penguatkuasa membanteras aktiviti perjudian. - fotoBERNAMA
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
10 Berita Pilihan - (15 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
'Abi, Abi' - Anak kecil mangsa maut kemalangan Jalan Syed Putra mahukan ayah
Ibu Asyikin, Fauziah Dollah berkata, dia akan menjaga anak pasangan itu memamdangkan dia dan suami, Kamaruddin Harun, 60 hanya tinggal bertiga bersama cucu berusia 10 tahun.
Isteri, dua anak tiri dibunuh kerana beli telefon bimbit
Berdasarkan hasil autopsi, ketiga-tiga mangsa dikesan dengan beberapa luka tusukan di leher dan perut.