Had umur membeli dan menjual rokok akan dinaikkan kepada 21 tahun dengan pengubalan undang-undang baharu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau berkata peraturan itu akan dilaksanakan dalam Akta Kawalan Tembakau dan Merokok (termasuk rokok elektronik) yang drafnya kini disediakan.
Menurutnya, akta yang akan menggantikan Akta Makanan 1983 berkaitan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau itu yang mengandungi larangan pembelian dan penjualan rokok bagi mereka yang berumur 21 tahun ke bawah, akan dibentangkan di Parlimen tahun depan.
"Jika sebelum ini, umur 18 tahun dan ke bawah hanya tidak boleh beli rokok tetapi boleh menjual rokok jadi undang-undang baharu ini nanti akan memperketatkan peraturan ini dengan tidak boleh membeli dan menjual kepada mereka yang berumur 21 tahun ke bawah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Nafas Baru Bulan Ramadan Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Menjelaskan mengenai had umur itu, Hilmi berkata pada umur sebelum 21 tahun, otak manusia masih dalam peringkat perkembangan dan amalan menghisap rokok boleh menjejaskan perkembangan otak perokok.
Hilmi dalam pada itu berkata program Perkhidmatan Berhenti Merokok (mQuit) yang dijalankan pada tahun lepas mendapati lebih 10,000 perokok tampil mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan untuk berhenti merokok.
"Hasilnya pada tahun lalu, 27 peratus daripada jumlah perokok yang mendapatkan rawatan melalui mQuit telah berjaya berhenti merokok," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2017

Hilmi berkata pada umur sebelum 21 tahun, otak manusia masih dalam peringkat perkembangan dan amalan menghisap rokok boleh menjejaskan perkembangan otak perokok. - Gambar hiasan

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Dr Hilmi umum letak semua jawatan dalam UMNO dan BN
Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum

Isu Hospital Balik Pulau: 'Bakhtiar tak baca surat khabar, tak tengok TV' - Dr Hilmi
Calon PKR bagi Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik mengkritik Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya yang didakwa memungkiri janji PRU13.

PRU14: Projek tambak laut Pulau Pinang batal jika BN menang - Dr Hilmi
Kata calon BN Parlimen Balik Pulau, Datuk Dr Hilmi Yahaya, projek tebusguna tanah seluas 4,500 ekar yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri DAP akan mengganggu ekosistem kehidupan laut.

Kementerian Kesihatan cipta penawar Hepatitis C
Penawar itu mampu merawat 500,000 pesakit di negara ini dan dengan penemuan itu, orang ramai boleh mendapatkan rawatan pada kadar yang teramat murah iaitu RM1,200 berbanding negara lain RM320,000.

Empat institusi mental, 33 hospital kerajaan sedia perkhidmatan psikiatri
Kerajaan menyediakan fasiliti perkhidmatan psikiatri di empat institusi mental dan 33 hospital kerajaan di seluruh negara.

KKM akan kaji masukkan pneumokokal dalam program imunisasi
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, buat masa ini tiada keperluan mendesak untuk memasukkan vaksin berkenaan ke dalam NIP.

GST bukan punca kemurungan 300,000 rakyat Malaysia
Statistik menunjukkan 1.8 peratus daripada anggaran 30 juta rakyat Malaysia pada ketika ini mengalami masalah kemurungan.

Lesen doktor tawar suntikan Vitamin C boleh dibatalkan
Mereka yang mendapatkan suntikan Vitamin C tidak berdafatar terdedah kepada risiko kemudaratan kepada wajah dan tubuh.

Kementerian Kesihatan pertimbang wujud pusat rawatan jantung Pantai Timur
Kementerian meneliti perkara itu dan akan melaksanakannya secepat mungkin agar dapat memberi kemudahan kepada pesakit dari Zon Timur supaya mereka tidak perlu ke IJN untuk mendapatkan rawatan.

Populasi warga tua dijangka meningkat kepada 5.6 juta menjelang 2030
Jumlah penduduk warga tua di Malaysia dijangka meningkat 15 peratus kepada 5.6 juta orang menjelang 2030, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.