Akta Pampasan Pekerja 1952 yang diguna pakai di negara ini bakal dimansuhkan bagi membolehkan perlindungan sama rata kepada pekerja tempatan dan asing yang bekerja di negara ini.
Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata perkara itu selaras dengan komitmen kerajaan mempertingkatkan perlindungan kepada pekerja-pekerja asing yang kini dilindungi di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing di bawah akta berkenaan.
Beliau yang dipetik Bernama menjelaskan, langkah itu juga adalah kehendak konvensi yang telah dipersetujui dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
"Ini mustahak kerana kita nak sama-ratakan antara pekerja dalaman dan asing, ini juga adalah kehendak konvensi yang kita telah setuju dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa," katanya kepada sidang media selepas majlis penutup Mesyuarat Menteri-menteri Buruh ASEAN ke-25 oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai keputusan Kabinet meletakkan perlindungan keselamatan sosial pekerja asing di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mulai 1 Jan depan.
Mengulas lanjut, Kula Segaran berkata pemansuhan akta itu adalah supaya penggantian perlindungan keselamatan pekerja asing daripada skim di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 sebelum ini kepada di bawah Perkeso dapat dilaksanakan dan kerajaan mempunyai sistem kawalan perlindungan lebih efisyen.
"Ia akan beri pengetahuan lebih luas kepada kita dalam data, yang mana kita akan dapat tahu berapa pekerja asing pada bila-bila masa dengan serta merta, berapakah pekerja-pekerja asing bekerja, sektor mana mereka bekerja, syarikat mana dan majikan mana.
"Bermakna kita akan tahu juga sama ada majikan mencarum atau tidak, maka kalau dia tidak mencarum maka kita boleh beritahu Imigresen dan polis untuk cari mereka supaya tindakan diambil," katanya.
Beliau juga berkata dengan proses pemansuhan akta ini sedang berjalan, skim pampasan pekerja asing ini tidak lagi diaktifkan untuk pembaharuan dan pendaftaran baharu.
Astro Awani
Thu Nov 29 2018
KULA SEGARAN: Pemansuhan akta itu adalah supaya penggantian perlindungan keselamatan pekerja asing daripada skim di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 sebelum ini kepada di bawah Perkeso dapat dilaksanakan.
Pesakit strok rentung, adik melecur cuba selamatkan abang
Seorang pesakit strok ditemukan rentung manakala adiknya melecur selepas rumah yang mereka diami terbakar dalam kejadian di Jalan Batu Sapi Karamunting pada Ahad.
Pengawal keselamatan ditahan, kes surat palsu guna nama TPM
Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.
Lebih 500,000 nahas jalan raya direkod di Malaysia sehingga Oktober
Sebanyak 532,125 nahas jalan raya direkodkan sejak Januari hingga Oktober lepas, dengan 5,364 daripadanya melibatkan kemalangan maut.
UNSC akan adakan sesi tamatkan perang, jamin keamanan berkekalan di Asia Barat
Majlis Keselamatan PBB (UNSC) akan mengadakan sesi taklimat pada Isnin mengenai situasi di Asia Barat.
Cadangan pembinaan tembok: Kelantan perlu hampir RM450 juta kos pengambilan tanah - MB
Kerajaan Kelantan memerlukan kira-kira RM445.748 juta bagi kos pengambilan balik tanah di kawasan yang terlibat dalam cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di sempadan Malaysia-Thailand.
AWANI Ringkas: Sektor halal Malaysia fokus lawatan Zahid ke Dubai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: PPS di Perak ditutup sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru dekat Sungkai di daerah Batang Padang ditutup 10 pagi ini.
[TERKINI] RM445.748 juta kos projek tembok sempadan Kelantan-Thailand
Kos projek pembinaan tembok sempadan Kelantan-Thailand dianggarkan RM445.748 juta, termasuk kos pengambilan tanah.
Zahid bincang usaha perkukuh sektor halal negara
Dalam pada itu menerusi hantaran berbeza, zahid berkata setibanya di Dubai, beliau telah mempengerusikan sesi ‘pre-council’ bersama delegasi malaysia pada sabtu.
Ia bagi membincangkan secara terperinci mengenai lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Ia bagi membincangkan secara terperinci mengenai lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kepakaran Space42 dalam AI mampu tingkat keupayaan Malaysia
Kepakaran dimiliki Space42, sebuah pusat inovasi teknologi angkasa dalam kecerdasan buatan (AI) dan sambungan satelit mempunyai potensi besar untuk meningkatkan keupayaan Malaysia khususnya dalam pemantauan bencana alam dan tindak balas pantas.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran facebooknya pada sabtu berkata dengan teknologi canggih ini, kerajaan dapat memperkukuh infrastruktur komunikasi negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran facebooknya pada sabtu berkata dengan teknologi canggih ini, kerajaan dapat memperkukuh infrastruktur komunikasi negara.
Akta Pampasan Pekerja 1952 dimansuhkan - Kula Segaran
Akta Pampasan Pekerja 1952 akan dimansuhkan antara lain bagi membolehkan perlindungan sama-rata kepada pekerja tempatan dan asing yang bekerja di dalam negara ini.