“Allahyarham merupakan seorang yang kuat dan cekal dalam mengharungi pahit getir kehidupan terutamanya dalam bidang keusahawanan.”
Itu antara rahsia yang dikongsikan usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri yang juga kenalan rapat kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad.
Malah, beliau amat terkejut dengan berita itu terutamanya apabila Allahyarham sudah berjanji untuk berjumpa beliau malam ini.
“Sebenarnya Allahyarham merupakan seorang wanita kacukan Pakistan yang begitu kuat dan cekal.
“Selain menjual produk kosmetik, Allahyarham turut serta dalam pelbagai bisnes lain. Malah kejayaan produk Allahyarham bukan sahaja di Malaysia, malah hingga ke Indonesia.
“Allahyarham memulakan bisnes beliau dari bawah tanpa pinjaman bank dan sepanjang 15 tahun bergiat seni dalam bidang perniagaan, beliau tidak pernah lupa untuk menderma,” katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
BACA: Pengasas Dnars Skincare, Faziani Rohban meninggal dunia dalam kemalangan di Thailand
Aliff Syukri turut meluahkan perasaan sedih dan hiba apabila mendengar berita pemergian Allahyarham yang maut selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.
Dalam pada itu, Aliff Syukri turut berkongsi sifat keperibadian Allahyarham yang tidak pernah cemburu dengan kejayaan usahawan lain walaupun menjual produk yang sama.
“Ribuan penjualan produk kosmetik yang ada di negara ini dan bukan senang untuk kami golongan usahawan memperjuangkan sehingga berjaya untuk berada di puncak sama seperti Allahyarham.
“Allahyarham tidak pernah sombong, tidak pernah cemburu serta tidak pernah kutuk orang lain, itu sifat peribadi Allahyarham yang sangat saya kagum,” luahnya.
Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya Iqbar Hakim menerusi akaun Instagram pagi ini.
Dalam satu video, Iqbar meminta agar orang ramai dapat mensedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibunya.
Nursyazwani Saiful Sham
Sat May 18 2019
Aliff Syukri meluahkan perasaan sedih dan hiba apabila mengetahui berita pemergian Allahyarham Faziani Rohban yang maut dalam kemalangan di Pattani, Thailand.
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Allahyarham Faziani Rohban seorang wanita kuat, cekal - Aliff Syukri
Itu antara rahsia yang dikongsikan usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri yang juga kenalan rapat kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad.
Gegar Vaganza 5: Zamani diselamatkan melalui imuniti penaja
Aliff Syukri memilih untuk menggunakan imuniti, yang hanya boleh digunakan sekali.
Dapat 53,000 'dislike', video rasmi lagu 'Abang Nak Tegur' tetap trending di YouTube
Video itu yang baru semalam dilancarkan, sudah menerima hampir 400,000 tontonan dan berada di kedudukan kedua carta trending di YouTube.
Tak payah acah-acah malaikat! - Aliff Syukri
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan perasaan ketidak puasan hatinya terhadap kritikan dan kecaman negatif terhadapnya atas semua tindak tanduk yang dilakukan.
'Berhenti popularkan golongan yang permainkan agama' - Kakak Aliff Syukri
Noor Hayati Kamarzaman tidak bersetuju pendedahan diberi kepada golongan yang terang-terangan mempermainkan agama.
Abang Nak Tegur 2.0 duet dengan isteri raih banyak 'like'
Sebelum ini, lagu Abang Nak Tegur versi Datuk Aliff Syukri dan Nur Sajat dikecam teruk oleh netizen sehingga menerima hampir 300,000 'dislike' berbanding 4,000 'like' di laman YouTube.
Kenapa 'unlike' video saya? - Datuk Aliff Syukri
Datuk Aliff Syukri mempersoalkan mengapa video itu menerima unlike yang begitu banyak, sedangkan ia hanya sebuah video lirik.
Selepas tegur sikap Aliff Syukri, Chef Wan mohon maaf
Chef Wan menceritakan mengenai pengalamannya duduk semeja ketika bertemu dengan Aliff di sebuah acara.
Chef Wan tegur Aliff Syukri isu makan di tepi jalan di luar negara
Chef Wan berkata, apa yang dilakukan Datuk Aliff itu boleh mencemar imej pelancong dari Malaysia.
Datuk Aliff Syukri makan durian di lapangan terbang, netizen pula bergaduh
Macam-macam pendapat diluahkan pengikut Instagram Datuk Aliff Syukri sehingga ada yang mula berbalah.