Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa dukacita atas berita kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Dalam twit terbaru, Perdana Menteri akui bahawa Almarhum Baginda adalah seorang Sultan yang peramah, mesra, berhemah tinggi dan amat disayangi rakyat.

Beliau juga sangat rapat dengan Almarhum Baginda.




Selain itu, beberapa pemimpin utama negara seperti Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menghulurkan salam takziah atas kemangkatan Almarhum Sultan Kedah.