Lima beradik yang baru kehilangan ibu serta mendapat perhatian orang ramai susulan kisah sedih mereka menjelang Syawal lalu bersedia menjadi anak angkat kepada mana-mana keluarga asalkan mereka tidak dipisahkan.
Menurut abang sulung, Mohd Azri Irfan Zahari, 14, beliau dan adik-adiknya, Mohd Azri Imran, 13, Azrin Elia Balkis, 11, Mohd Aziq Israf, 6, dan Azlini Elisya Qistina, 3, bersedia untuk menumpang kasih pada sesiapa yang sudi.
Ketika ditemui, dia menceritakan, adik-adiknya mula terasa sunyi malam tadi, selepas arwah ibu mereka, Akma Ismail, 41, dikebumikan pada tengahari Sabtu.
“Sunyi dan tak meriah macam sebelum ini," kata Mohd Azri kepada wakil Astro AWANI.
“Buat masa ini belum ada lagi (yang mahu ambil jadi anak angkat). Saya tak kisah tapi jangan pisahkan kami adik-beradik,” tambahnya.
BACA: Luluh hati lima beradik menyambut Syawal, ibu kini terlantar bertarung nyawa
BACA: Ibu hidap kanser meninggal dunia, lima beradik kini sebatang kara
Semalam dan hari ini, orang ramai tidak putus-putus mengunjungi keluarganya serta bertanya khabar, bahkan ramai yang menawarkan diri untuk mengambil mereka sebagai anak angkat.
Namun, Mohd Azri belum membuat keputusan dan masih terasa ingin tinggal di rumah ibunya buat waktu ini.
Katanya, malam tadi dia dan adik-adiknya terasa suasana yang amat berlainan sekali selepas pemergian ibunya yang disahkan mengidap kanser tahap empat seminggu sebelum Aidilfitri.
Ibu mereka menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat jam 7.15 malam.
Kisah mereka berlima yang disiarkan Astro AWANI sebelum ini mendapat perhatian ramai. Bahkan, rentetan kisah hidup mereka sehingga ibunya pergi buat selama-lamanya menerima simpati banyak pihak.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Kelantan, Ir Meor Shamshir Meor Zulkefli Auni berkata pihaknya bersedia mengambil mereka berlima sebagai anak angkat.
Kebajikan lima beradik ini akan dijaga termasuk soal persekolahan mereka, katanya.
“Kami sudah bawa hal ini ke peringkat kebangsaan. Semua exco bersetuju untuk jadikan mereka sebagai anak angkat.
“Fokus kami adalah pendidikan kerana kami percaya ia dapat mengubah nasib mereka. Dan kami akan sentiasa bertanyakan khabar mereka,” katanya.
Menurutnya lagi, sebagai permulaan, beliau melalui Pertubuhan Asnaf Kelantan akan mendaftarkan anak-anak itu di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan mewujudkan tabung sumbangan bagi menyalurkan bantuan yang diperlukan.
Muhafandi Muhamad
Sun Jul 02 2017
Kisah mereka berlima yang disiarkan Astro AWANI sebelum ini mendapat perhatian ramai. Bahkan, rentetan kisah hidup mereka sehingga ibunya pergi buat selama-lamanya menerima simpati banyak pihak. - Astro AWANI / MUHAFANDI MUHAMMAD
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Suri rumah, anak angkat maut selepas kenderaan terjunam gaung
Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera.