SEORANG kanak-kanak yang masih bersekolah rendah bersama kawannya menyapa penulis ketika menunggu bas untuk pulang ke kampung halaman.
Itu kisah lama semasa penulis di tingkatan empat pada 2003, tetapi itu sudah memberi bayangan bahawa merokok bukan untuk orang dewasa sahaja, kanak-kanak juga sudah berani mencuba sebelum beralih menjadi perokok tegar apabila semakin meningkat umurnya.
Jika pergi ke kedai yang menjual rokok, jelas tertera larangan keras menjual rokok kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah yang memberi tafsiran mudah “Belum umur 18 tahun jangan pandai-pandai nak mencuba dan hisap rokok yer”.
Realitinya tidak sebegitu, belum jumpa solusi berkesan bagaimana untuk menangani isu kanak-kanak dan remaja sekolah menghisap rokok, datang pulang bahana baru iaitu rokok elektronik atau vape yang menjadi teman peganti kepada golongan ini.
Vape menjadi fenomena sejak beberapa tahun yang lalu dan diawal kemunculannya dipasaran, ada yang berpendapat ia sebagai rawatan alternatif untuk mengurangkan tabiat merokok.
Bak kata pepatah ‘Harapkan pegar, pegar makan padi’, begitulah kisahnya dengan rokok elektronik kerana apabila inovasi ini berada di dalam pasaran ia memberi kesan berlawanan pula apabila melahirkan lebih ramai perokok baharu.
Malah perokok baharu ini juga dilahirkan pada usia sekolah rendah lagi, sudah dilihat ada yang makin berani dan tiada lagi segan silu menghembus asap rokok elektronik di khalayak awam atau sejengkal dari pagar sekolah.
Dengan asap dihembus berkepul-kepul malah boleh pula dibentuk-bentuk, baunya dalam pelbagai perisa, rupa fizikalnya pula ibarat sebuah gajet yang perlu dimiliki selain mudah dibeli secara dalam talian, natijahnya ia membawa kepada masalah sosial negara.
Belum reda gundah gulana ibu-bapa dan pendidik dengan pengaruh vape ini, dilaporkan di media pula mengenai kegusaran dan kebimbangan ibu-bapa di daerah Papar dan Kota Kinabalu mengenai penjualan gula-gula berasap (smoke candy atau ghost candy) yang dibeli pelajar sekolah.
Gula-gula ini akan mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut dan ia tanpa sedar mempengaruhi minda kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat merokok.
Walaupun dianggap gula-gula dan undang-undang pula meletakkan ia di bawah produk makanan, bukannya termasuk di bawah kategori rokok elektronik, kerajaan nampaknya memandang serius ancama baharu ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad melahirkan kebimbangan beliau dan kementerian terhadap produk seperti rokok ini agar tidak dijual dan dipasarkan kepada pelajar sekolah.
Beliau memberi jaminan perkara ini dalam perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tindakan segera akan diambil untuk melarang penjualannya.
Nada yang selari turut dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mahukan penjualan vape dan gula-gula berasap dalam kalangan murid sekolah perlu dihentikan segera.
Beliau menyifatkan ia sebagai satu penyakit sosial dan tidak menolak kemungkinan penggunaan vape serta ghost smoke dalam kalangan murid sekolah boleh menjadi permulaan kepada terjebaknya pula dengan dadah.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan terkini memandang serius mengenai gejala penyalahgunaan rokok elektronik dalam kalangan pelajar sekolah dan akan bekerjasama dengan KKM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melalui satu jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menangani gejala penggunaan rokok elektronik dalam kalangan juvana.
Jaminan ini pastinya memberi kelegaan kepada penulis dan ibu-bapa khususnya yang tidak mahu melihat anak-anak mereka terjebak dengan masalah ini.
Ketika pihak berkuasa mula menggerakkan langkah membendung gejala ini dari makin menular dalam kalangan juvana, golongan ibu-bapa perlu mengambil tanggungjawab bersama memantau anak-anak dan kenalan mereka serta aktiviti diluar rumah.
* Penulis adalah Pegawai Tadbir di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkap Exco Persatuan Pegawai Tadbir dan Ihtisas (PRAGMATIS) USIM
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Mohd Zaini Othman
Tue Jul 23 2019

Vape menjadi fenomena sejak beberapa tahun yang lalu dan diawal kemunculannya dipasaran.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital
Tiga tebusan telah bertemu semula dengan keluarga masing-masing manakala pemeriksaan kesihatan akan mengambil masa beberapa hari.

Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak
Dua lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam komputer masing-masing.

107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi
Amalan 'sharenting' atau amalan menunjuk-nunjuk perkara berkaitan anak-anak oleh segelintir ibu bapa, membuka ruang kepada jenayah dalam talian.

Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.

FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.

Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.

Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.