"Masih ramai yang dirawat. Tidak mustahil wabak boleh berjangkit semula".
"Kalau gelombang ketiga dan terpaksa 'lockdown' mana lebih rugi? Sama je...baik betul-betul putuskan rantaian daripada 'lockdown' lebih lama dan rugi berganda-ganda. Kita cuma tunggu dua minggu sahaja lagi, sikit sahaja lagi..tapi sedih awal pulak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilonggarkan".
Itu antara komen netizen yang membanjiri laman sosial Facebook rasmi milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sejurus selepas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan mulai esok Isnin, 4 Mei.
Nada yang serupa tular di beberapa ruangan komen rangkaian media sosial lain termasuk Twitter.
Mereka minta kerajaan menimbangkan semula keputusan pelaksanaan PKPB yang pada anggapan mereka sebagai "tidak wajar dan terburu-buru".
Sehingga ada yang menyifatkan sia-sia sahajalah pengorbanan mereka sepanjang PKP 1 yang bermula 18 Mac disusuli PKP 2, PKP 3 dan PKP 4 dengan berkurung di rumah.
Kerisauan mereka lebih kepada kemungkinan kes pesakit COVID-19 melonjak semula!
Bagi mengukuhkan alasan kebimbangan itu, ada yang memberi contoh apa yang berlaku di negara yang sebelum ini menghentikan perintah berkurung terlalu awal seperti Jepun sehingga menyebabkan COVID-19 kembali mengganas dan darurat kecemasan diisytiharkan.
Mereka bimbang situasi yang sama melanda negara ini.
"Orang Pulau Hokkaido di Jepun sudah menyesal. Harap di sini tiada sesalan walaupun diarah PKPB," antara komen netizen di laman media sosial yang merujuk kepada berita "Padah henti perintah berkurung terlalu awal, COVID-19 kembali mengganas".
Berita yang disiarkan pada 30 April itu merujuk kepada Hokkaido, Jepun yang dilanda gelombang kedua penularan COVID-19 selepas perintah berkurung tiga minggu ditamatkan pada 19 Mac, apabila kes jangkitan berkurang kepada satu angka.
Bagi segelintir netizen yang menggunakan 'modal' ini untuk mengukuhkan ketidakwajaran pelaksanaan PKPB, mereka berharap kerajaan tidak mementingkan kesinambungan ekonomi pada masa singkat sahaja tetapi perlu meliputi jangka masa panjang.
Itu pandangan mereka. Akan tetapi, bolehkah mereka menjadikan apa yang berlaku di Hokkaido sebagai rujuk modal untuk mengukuhkan alasan kebimbangan tersebut?
Mengulas keadaan ini, Azmi Hassan, Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berpandangan, rakyat Malaysia sepatutnya tidak membandingkan situasi di negara ini dengan apa yang berlaku di Hokkaido.
"PKPB kita adalah jauh berbeza berbanding negara lain yang melonggarkan 'lockdown' ala mereka.
"Di Hokkaido, umpamanya perintah berkurung mereka hanya tiga minggu dan dilonggarkan apabila jumlah jangkitan menjadi satu angka.
"Tetapi masalahnya ialah kelonggaran diberi secara 'total' iaitu penduduk pulau itu tidak mengamalkan perintah berkurung secara kendiri iaitu mengambil tanggungjawab elak virus.
"Disebabkan itu, Hokkaido buat 'lockdown' sekali lagi kerana jangkitan meningkat mendadak.
"Masalahnya 'lockdown' Hokkaido hanya melibatkan wilayah tersebut sahaja kerana wilayah lain di Jepun tiada 'lockdown'.
"Manakala, di Malaysia, PKP adalah menyeluruh," beliau memberitahu Bernama menerusi e-mel.
Azmi juga mengambil contoh situasi Kanada di mana perintah berkurung di negara itu juga tidak seketat PKP di Malaysia.
Apabila perintah berkurung dilongggarkan, rakyat Kanada mengambil mudah dan menjalani kehidupan seperti biasa.
"Kita ambil contoh Singapura yang mengenakan 'lockdown' secara sukarela. Rakyat mereka walaupun dianggap berdisplin juga ambil mudah sehingga dikenakan 'lockdown' paksa apabila jumlah jangkitan cecah angka menggerunkan.
Moralnya situasi 'lockdown' ala Malaysia berbeza dengan Jepun, Kanada dan Singapura," jelasnya.
Malah, hal ini juga dijelaskan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media Sabtu, 2 Mei.
Menurut beliau, tindakan kerajaan Jepun membenarkan kemasukan warga asing ke negara itu selepas perintah berkurung ditarik semula, menyebabkan berlakunya gelombang baharu penularan koronavirus (Covid-19).
"... di Hokkaido, mereka buka negara mereka dan biarkan kemasukan negara luar (pelancong luar).
"Pada masa itu musim bunga sakura, berlaku kes import, tetapi kita masih tutup pintu masuk negara kita (kepada pelancong asing), jadi ini antara langkah persediaan kita," katanya.
Sebenarnya, perkara inilah yang masyarakat Malaysia perlu fahami.
Berdasarkan pemantauan laman media sosial, memang ada juga netizen yang memahami jelas maksud perdana menteri sehingga menyatakan masyarakat perlu membaca sebaik-baiknya apa yang dimaksudkan PKPB itu.
PKPB bukanlah bermaksud 'tiket kelonggaran' untuk orang ramai bergerak bebas, seperti dahulu. Malahan PKP fasa keempat yang dijadualkan tamat pada 12 Mei masih lagi berkuat kuasa dan masyarakat perlu jelas mengenai perkara ini.
Kelonggaran PKPB hanya diberikan kepada sektor perkhidmatan yang dibenarkan dengan perlu memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kesihatan yang ketat atas nasihat KKM berdasarkan data yang dikumpul serta amalan terbaik ditentukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Manakala perniagaan, industri atau aktiviti sukan, keagamaan yang melibatkan perhimpuan ramai dan sentuhan badan yang menyukarkan penjarakan sosial, seperti bazar Ramadan, karnival jualan selain perjalanan rentas sempadan negeri masih tidak dibenarkan.
Malah, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang ingkar PKP walaupun bermula 4 Mei ini, hampir semua aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi.
Ini masyarakat perlu hadam dengan sebaiknya. PKPB bukan "lampu hijau" untuk orang ramai pergi berseronok membeli-belah atau beriadah bersama keluarga seperti sebelumnya!
Sebenarnya bukan mudah untuk industri beroperasi dengan norma baharu yang menetapkan pelbagai SOP ketat.
Ambil contoh yang diberikan perdana menteri mengenai pengusaha restoran bernama Pak Salleh. Banyak yang perlu dilakukan sebelum restorannya boleh beroperasi semula.
Antaranya, Pak Salleh perlu pastikan meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya dua meter antara satu meja dengan meja lain, guna alat pengimbas suhu sesuai untuk perikasa suhu badan pelanggan, catat nombor telefon mereka serta tarikh dan masa mereka makan dan sediakan cecair pembasmi kuman.
Ini bagi memastikan tiada pelanggan Pak Salleh dijangkiti COVID-19.
KKM sebelum ini menggariskan SOP termasuk penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, memakai penutup mulut dan hidung, melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19 dan keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan Orang Kelainan Upaya.
Mana-mana premis perniagaan atau kilang yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan KKM ketika beroperasi dalam tempoh PKPB akan dikenakan tindakan tegas, termasuk penutupan premis berkenaan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dipetik berkata jika terdapat kes aktif COVID-19 dikesan di premis atau kawasan berkenaan, arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan.
Justeru, janganlah khuatir kerana segala tindakan kerajaan pastinya melalui perbincangan mendalam bersama KKM dan kementerian berkaitan yang bertujuan utama bukan sahaja mencari jalan mengimbangi keperluan untuk membendung wabak COVID-19 bahkan juga memulihkan ekonomi negara.
Apa sekali pun, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Kita tidak boleh bersandarkan kepada usaha kerajaan dan terus mengharapkan sifar virus COVID-19.
Sudah tiba masanya kita amalkan norma baharu kehidupan, antaranya mematuhi penjarakan sosial, tidak bersalam dan kerap mencuci tangan untuk mengekang penularan COVID-19.
#kitajagakita, kita pasti boleh menang!
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 03 2020

Mereka minta kerajaan menimbangkan semula keputusan pelaksanaan PKPB yang pada anggapan mereka sebagai "tidak wajar dan terburu-buru". -Gambar hiasan
[TERKINI] PM Anwar umum RM35 juta sokong ekosistem Wakaf Malaysia
Kerajaan setuju peruntuk RM30 juta bagi Program MyWaqafPTPTN, RM5 juta modal awal wujudkan entiti Permodalan Wakaf Nasional Bhd - PM Anwar.
Bangunkan Gaza: Trump kongsi video AI Gaza dibangunankan, cetus kecaman
Akaun media sosial rasmi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah memuat naik satu video yang dipercayai dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) berkenaan Gaza.#AWANInews
Inisiatif yang dilaksanakan bagi mengurangkan kos operasi PKMS
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menjelaskan inisiatif yang dilaksanakan bagi mengurangkan kos operasi PKMS
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara

Android System SafetyCore - ciri amaran banteras kandungan tidak senonoh
Dalam penyenaraian di Play Store, SafetyCore dinyatakan adalah aplikasi sistem untuk mengendalikan ciri keselamatan dalam peranti Android.
AWANI Ringkas: LRT3 dijangka mula operasi 30 September depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 diserahkan kepada Zambry
Pelan ini disiapkan dalam tempoh sembilan bulan melalui penyelidikan dan sesi libat urus bersama lebih 8,226 pihak berkepentingan.
Langkah-langkah bagi mengurangkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL)
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menjelaskan langkah-langkah yang telah diambil bagi mengurangkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL)
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.41 mata kepada 1,584.30 daripada paras 1,588.71 yang dicatatkan semalam.
Inisiatif mengangkat martabat penghibur jalanan
Menteri JPM (Wilayah Persekutuan) akan mempertimbangkan dan dalam usaha mengangkat martabat penghibur jalanan di bandaraya kuala lumpur
“Ini tumpuan pelancongan bukan sahaja pelancongan antarabangsa tetapi pelancong domestik”
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“Ini tumpuan pelancongan bukan sahaja pelancongan antarabangsa tetapi pelancong domestik”
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara

Chile: Bekalan elektrik terputus, 3 maut dan 98 peratus penduduk terjejas
Menteri Kesihatan mengesahkan ketiga-tiga pesakit bergantung sepenuhnya pada peralatan sokongan hayat berkuasa elektrik.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.