Polis kini sedang memburu seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan memukul dan mengugut isteri.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki berusia 37 tahun itu diperlukan bagi membantu siasatan berhubung tiga laporan membabitkan ugutan jenayah, keganasan rumah tangga dan juga penyalahgunaan dadah.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, lelaki terbabit juga telah meninggalkan tugasnya hampir tiga bulan dan merupakan seorang kakitangan awam yang bermasalah.
“Sebenarnya dalam kes ini memang kita telah mulakan siasatan. Anggota SPRM ini memang bermasalah. Dia pun telah lari dari tugas. Jadi, kita sedang mengesan dia.
“Kita telah buka kertas siasatan dan kita ada tiga laporan yang diterima terhadapnya. Dan kita dapati dia terlibat dengan dadah dan kita sedang mengesannya,” katanya di sini hari ini selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi PDRM.
Khalid berkata, kes anggota SPRM itu akan dikendalikan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Kanun Keseksaan dan juga Akta Keganasan Rumahtangga 1994.
Katanya, tiga kertas siasatan terhadapnya juga telah dibuka dan pihaknya percaya lelaki ini sedar bahawa dia sedang diburu pihak polis dan sengaja menyembunyikan diri.
Semalam, media melaporkan SPRM telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawainya yang didakwa memukul isterinya yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
SPRM dalam kenyataannya berkata, ia bersedia memberi kerjasama kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan laporan polis yang dibuat mengenai dakwaan wanita itu.
Astro Awani
Fri Oct 28 2016

KHALID: "Anggota SPRM ini memang bermasalah. Dia pun telah lari dari tugas. Jadi, kita sedang mengesan dia. Kita telah buka kertas siasatan." - Gambar fail

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.

Suspek kes dera isteri ditangkap polis
Lelaki berusia 37 tahun yang merupakan anggota Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat esok.

Anggota SPRM dera isteri: Polis buka kertas siasatan - Khalid
Lelaki berusia 37 tahun itu diperlukan bagi membantu siasatan berhubung tiga laporan membabitkan ugutan jenayah, keganasan rumah tangga dan juga penyalahgunaan dadah.