Tindakan penggantungan sementara Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dibuat berdasarkan beliau sedang disiasat oleh jawatankuasa audit.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kedudukan Annuar sebagai pengerusi dibimbangi akan mempengaruhi siasatan.
"Penggantungan beliau adalah sementara menunggu siasatan Jawatankuasa Audit Dalaman selesai.
"Saya dimaklumkan oleh Penasihat Undang-undang Mara bahawa Majlis Mara berkuasa penuh dalam keputusan menggantung, sementara menunggu siasatan juruaudit dalaman diselesaikan.
"Ini kerana ia tidak melibatkan pelantikan dan pemberhentian yang memerlukan kuasa Menteri dengan persetujuan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: Mara gantung tugas Annuar Musa
BACA: Penggantungan Mara: Saya akur dan akan bekerjasama dalam siasatan - Annuar Musa
Mara hari ini memutuskan menggantung tugas Annuar sebagai pengerusi berkuat kuasa serta merta.
Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar di ibu pejabat Mara, di sini yang dipengerusikan Datuk Dr Yusof Yacob dan Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin.
Dalam pada itu jelas Ismail, ia merupakan prosedur biasa di dalam satu-satu siasatan.
"Saya menghormati keputusan Majlis Mesyuarat Mara yang ingin menyelesaikan isu yg membabitkan Mara dan anak syarikat mereka secara tuntas.
"Walau bagaimanapun, saya minta supaya siasatan dalaman ini dapat diselesaikan dengan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada Mara," ujarnya.
Katanya lagi, Mesyuarat Khas Majlis Mara yang dilangsungkan hari ini berikutan permohonan kesemua Ahli Majlis Mara dan ditandatangani oleh semua Ahli Majlis Mara termasuk wakil kerajaan.
"Difahamkan mesyuarat bertujuan untuk melantik Jawatankuasa Audit Dalaman bagi menyiasat isu yang berkaitan dgn tajaan UNIKL dan Pelaburan Mara Berhad serta beberapa isu lain yang diviralkan dalam
media sosial. Siasatan tersebut bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada Mara.
"Saya dimaklumkan mesyuarat diwakili oleh semua ahli termasuk wakil Kementerian Kewangan (MoF) dan Unit Perancangan Ekonominya (EPU)," jelasnya.
Katanya lagi, Anuar tidak dijemput hadir kerana mesyuarat itu berkaitan dengan beliau.
"Malah, beliau tidak dipanggil memberi penjelasan kerana mesyuarat berpendapat adalah wajar beliau memberi penjelasan kepasa Jawatankuasa Audit nanti," jelasnya.
Astro Awani
Tue Jan 31 2017

Tindakan penggantungan sementara Tan Sri Annuar Musa sebagai Mara dibuat berdasarkan beliau sedang disiasat oleh jawatankuasa audit. - Gambar fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia pupuk budaya hidup sihat
Program bertemakan Keluarga Sihat Sejahtera Sepanjang Hayat itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Seri Jempol.

Ismail Sabri ucap tahniah kepada Liz Truss
Ismail Sabri berharap dapat bekerjasama rapat dengan Truss dalam memperkukuhkan hubungan dua negara demi manfaat rakyat.

RUU larang Ahli Parlimen bertukar parti dapat sokongan MP Kerajaan
RUU itu telah melalui proses perbahasan dan perbincangan yang mendalam daripada ahli Dewan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas.

Lawatan PM ke Turki buka ruang lebih banyak pelaburan, kerjasama isu umat Islam
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Turki minggu depan pasti akan membuka lebih banyak ruang kerjasama.

Dermasiswa B40 mampu tarik minat ibu bapa galakkan anak memilih TVET
Penggiat TVET tidak boleh bersikap 'rendah diri' selepas ini dan sudah tiba masanya mereka perlu menjadi ejen perubahan kepada masyarakat.

HAWANA 2022: "Kerajaan tidak pernah halang media siar sebarang laporan berita" - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui bahawa profesion kewartawanan harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan dan campur tangan pihak lain.

Amerika Syarikat perlu bersikap jujur selesai isu Palestin - PM
Malaysia mahu AS bertindak cepat seperti yang berlaku dalam krisis pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sejak Februari lalu.

PM wakili Keluarga Malaysia ucap takziah atas pemergian Ali Hamsa
Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri turut mendoakan agar keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Penamaan Ismail Sabri sebagai calon cerminan solidariti UMNO - Bung Moktar
Katanya, solidariti ini menunjukkan bahawa pemimpin UMNO lebih mengutamakan kepentingan negara dari dari kepentingan peribadi.

Ekspo Dubai 2020: Nilai perdagangan, pelaburan Malaysia cecah RM70 bilion - Perdana Menteri
Perdana Menteri berkata, nilai tersebut diperolehi melalui 131 Memorandum Persefahaman atau Perjanjian Perkongsian, serta padanan perniagaan.