Penerbit Astro AWANI, Azlinda Md Salim menerima Anugerah Khas Juri menerusi laporan 'Syawal Tanpamu' pada majlis Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016 malam tadi.
Laporan yang tercalon dalam kategori Anugerah Laporan Khas Berita TV Terbaik itu menceritakan berkenaan kelangsungan hidup waris mangsa nahas pesawat MH17 sepanjang bulan Ramadan dan Syawal tanpa insan tersayang.
"Laporan itu disediakan sempena setahun tragedi MH17 kerana pada tahun lalu, tarikh setahun tragedi MH17 itu jatuh pada 1 Syawal.
"Jadi sebab itu program dinamakan 'Syawal Tanpamu' yang mengisahkan bagaimana waris yang juga keluarga mangsa MH17 setahun selepas kejadian.
"Fokus bagaimana mereka, bukan menyambut, tetapi bagaimana mereka melalui Ramadan dan seterusnya Syawal," kata Azlinda kepada Astro AWANI.
Beliau yang tidak menyangka menerima anugerah tersebut merakamkan penghargaan kepada seluruh kakitangan Astro AWANI, keluarga serta pihak juri dan penganjur ASA 2016.
"Kita datang ASA 2016 adalah untuk menyokong kawan-kawan yang ada di sini. Tahun ini boleh dikatakan sebagai tahun yang pertama kali dicalonkan dalam mana-mana anugerah bersama Astro AWANI.
"Jadi sesuatu yang sangat kita nantikan, tetapi memang tidak ada apa-apa jangkaan. Saya seronok datang ke sini dengan kawan-kawan, bila terima Anugerah Khas Juri ini memang tidak sangka," katanya.
Beliau yang sebak tatkala menyampaikan ucapan penghargaan, menujukan anugerah tersebut khas kepada seluruh waris dan keluarga MH17.
Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Jailani Johari pada majlis yang berlangsung di Angkasapuri.
Selain 'Syawal Tanpamu', laporan beliau bertajuk "Sultan Nazrin Muizzuddin Shah" turut tercalon sebagai finalis dalam kategori sama bersama penyampai Astro AWANI, Syah Hairizal Kamalul Arifin menerusi laporan "Padanan Hati Buat Adik Syamimi Berjuang Untuk Hidup."
Turut tercalon sebagai finalis pada malam pertama ASA 2016 adalah laporan Asyraf Hasnan, Tan Su Lin dan Israr Khalid menerusi kategori Anugerah Liputan Berita TV Terbaik.
Astro Awani
Sat May 21 2016

Azlinda Md Salim (kanan) menerima Anugerah Khas Juri menerusi laporan 'Syawal Tanpamu' pada majlis Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

'Semoga bukan anugerah kesian..' - Watak Ustaz Hamadi beri Azhan kemenangan lagi
Pelakon yang terkenal dengan watak Ustaz Hamadi ini mengharapkan lebih banyak kemajuan dalam penulisan bagi menghasilkan sebuah karya yang baik.