Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof pada Isnin mempersoalkan motif kumpulan bekas penjawat awam (G25) yang terus membangkitkan isu berhubung penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) walaupun mereka telah diberikan penjelasan terperinci sebelum ini.
Beliau berkata antara yang telah diperjelaskan dalam dua pertemuan bersama G25 pada Nov tahun lepas dan 2018 adalah mengenai penubuhan, penguatkuasaan dan peruntukan yang diterima Jakim.
"Saya tidak faham kenapa isu ini masih berlegar. Ini bukan soal mereka (G25) tidak hormat Islam, tetapi persepsi yang dibina boleh menimbulkan rasa khuatir pihak tertentu kepada kumpulan tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini pada Isnin.
Media pada Sabtu melaporkan dakwaan G25 bahawa penubuhan Jakim dan Majlis Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) tidak mengikut perlembagaan kerana tiada peruntukan untuk agensi berkenaan ditubuhkan di peringkat nasional.
Mujahid menjelaskan kewujudan Jakim adalah berkaitan pentadbiran agama di peringkat Persekutuan, bermula sebagai Unit Agama Jabatan Perdana Menteri dan bertukar kepada Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) sebelum dinaik taraf kepada sebuah jabatan dikenali sebagai Jakim pada 1997.
Mengenai peruntukan RM1.2 bilion dan RM1.3 bilion yang diterima Jakim pada 2019 dan tahun ini, Mujahid menjelaskan 60 peratus daripada peruntukan itu digunakan untuk membayar gaji imam dan guru agama di seluruh negara, manakala baki 40 peratus untuk urusan pentadbiran Jakim termasuk gaji kakitangan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 13 2020
![Apa motif G25 persoal penubuhan Jakim - Mujahid Apa motif G25 persoal penubuhan Jakim - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81569932016_MujahidYusofRawa.jpg)
Mujahid menjelaskan kewujudan Jakim adalah berkaitan pentadbiran agama di peringkat Persekutuan, bermula sebagai Unit Agama JPM dan bertukar kepada Bahagian Hal Ehwal Islam sebelum dinaik taraf kepada jabatan pada 1997. - Gambar fail
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Bekas duta besar ke Belanda Noor Farida meninggal dunia Bekas duta besar ke Belanda Noor Farida meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719522835_DatukNoorFaridaAr.jpg)
Bekas duta besar ke Belanda Noor Farida meninggal dunia
Noor Farida, salah seorang pengasas bersama kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25, meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Kuala Lumpur.
![G25 gesa batalkan PSI, bertentangan dengan SDG G25 gesa batalkan PSI, bertentangan dengan SDG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676598685_TBprojekpsi.jpg)
G25 gesa batalkan PSI, bertentangan dengan SDG
Projek PSI bukan sahaja akan menjejaskan pantai Pulau Pinang malah turut melibatkan perairan Kedah dan Perak.
![Pembaharuan institusi: G25 gesa kerajaan keluar laporan IRC Pembaharuan institusi: G25 gesa kerajaan keluar laporan IRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674819292_IRC.jpg)
Pembaharuan institusi: G25 gesa kerajaan keluar laporan IRC
Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan (G25) menggesa kerajaan supaya mengeluarkan laporan dibuat Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) yang ditubuhkan pada tahun 2018.
![KPM perlu larang sekolah, asrama buat pemeriksaan 'datang bulan' - G25 KPM perlu larang sekolah, asrama buat pemeriksaan 'datang bulan' - G25](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619434283_PEMBUKAANSEKOLAH.jpg)
KPM perlu larang sekolah, asrama buat pemeriksaan 'datang bulan' - G25
Penularan isu berkenaan dengan amalan pemeriksaan haid di sekolah sangat mengecewakan, membingungkan dan mengharukan.
![Bekas KSU Kementerian Luar Ahmad Kamil Jaafar meninggal dunia Bekas KSU Kementerian Luar Ahmad Kamil Jaafar meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617466105_AhmadKamilJaafar.jpg)
Bekas KSU Kementerian Luar Ahmad Kamil Jaafar meninggal dunia
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar meninggal dunia hari ini, pada usia 83 tahun.
![Seks luar tabii: Keputusan mahkamah selari dengan prinsip kesamarataan - G25 Seks luar tabii: Keputusan mahkamah selari dengan prinsip kesamarataan - G25](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41609836832_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Seks luar tabii: Keputusan mahkamah selari dengan prinsip kesamarataan - G25
Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menyatakan semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapatkan perlindungan undang-undang yang sama.
![G25 perlu jelaskan laporan JAKIM, MKI tidak ikut perlembagaan - Mujahid G25 perlu jelaskan laporan JAKIM, MKI tidak ikut perlembagaan - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81579296073_TBMujahidYusofRawa.jpg)
G25 perlu jelaskan laporan JAKIM, MKI tidak ikut perlembagaan - Mujahid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata dakwaan beliau tidak mempertahankan isu berkaitan islam sepatutnya tidak timbul.
![Kami tak minta Jakim dimansuhkan - G25 Kami tak minta Jakim dimansuhkan - G25](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71450093977_LogoGTwentyFive.jpg)
Kami tak minta Jakim dimansuhkan - G25
G25 berkata, mereka menyambut baik pindaan bagi mengiktiraf JAKIM di bawah Perlembagaan.
![Pandangan G25 mengenai isu murtad menyesatkan - Mufti Perak Pandangan G25 mengenai isu murtad menyesatkan - Mufti Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71532095139_HarussaniZakaria.jpg)
Pandangan G25 mengenai isu murtad menyesatkan - Mufti Perak
Setelah meneliti kertas kajian G25, 'Administration of Matters Pertaining to Islam', beliau mendapati kandungannya sangat tidak munasabah dan dangkal.
![Apa motif G25 persoal penubuhan Jakim - Mujahid Apa motif G25 persoal penubuhan Jakim - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81569932016_MujahidYusofRawa.jpg)
Apa motif G25 persoal penubuhan Jakim - Mujahid
Beliau berkata antara yang telah diperjelaskan dalam dua pertemuan bersama G25 pada Nov tahun lepas dan 2018 adalah mengenai penubuhan, penguatkuasaan dan peruntukan yang diterima Jakim.