Seorang wakil persatuan Rohingya di Malaysia mempersoalkan angka 2,000 peserta etnik itu yang dicari pihak berkuasa selepas dikatakan hadir di perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling baru-baru ini.
Pengarah Eksekutif Rohingya Vision (RVision), Mohd Noor berkata, tidak logik seramai itu warga Rohingya yang menyertai jemaah tabligh memandangkan sebilangan besar etnik berkenaan tidak memiliki dokumen sah, hanya mempunyai kad keahlian UNHCR.
"Perhimpunan itu pula adalah satu pertemuan istimewa. Hanya segelintir yang mungkin mendapat undangan khas menyertainya. Ulama dan pemimpin kanan mungkin boleh hadir. Tidak mungkin seramai 2,000 orang Rohingya ke sana, angka itu terlalu tinggi.
"Berdasarkan kepada kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, terdapat kira-kira 16,000 jemaah hadir di perhimpunan itu dan daripada jumlah terbabit, 14,500 adalah warga Malaysia dengan bakinya warga asing. Bagaimana mungkin angka 2,000 Rohingya boleh timbul sedangkan ramai lagi warga asing lain yang hadir, sebagai contoh rakyat Pakistan, India, Bangladesh dan sebagainya,'' ujar beliau semasa dihubungi Astro AWANI menerusi aplikasi Whatsapp.
Beliau ditanya mengenai laporan di sebuah portal berbahasa Inggeris yang memetik sumber sebelum ini menyebut bahawa pihak berkuasa di negara ini berusaha menjejaki kira-kira 2,000 lelaki Rohingya yang menghadiri perhimpunan jemaah tabligh yang menyebabkan peningkatan besar dalam kes COVID-19 di seluruh Asia Tenggara.
Kata Mohd Noor, laporan media yang mengaitkan angka 2,000 Rohingya dengan perhimpunan tabligh berkenaan mencerminkan ia anti-Rohingya atau sengaja mahu mempersalahkan warga tidak bernegara itu supaya mereka lebih tersisih.
"Dalam hal ini, mungkin juga bukan Rohingya yang ke sana (perhimpunan tabligh) sebaliknya mungkin Myanmar Muslim, atau Bengali dari Bangladesh. Kenapa tidak kaitkan dengan warga asing lain, mengapa Rohingya juga yang nampak seperti penjenayah?,'' soal beliau.
Ditanya jika beliau sedar mengenai bilangan Rohingya yang berada di perhimpunan tabligh, Mohd Noor berkata, beliau tahu ada etnik itu menyertai jemaah tabligh lain di Sri Petaling.
Tetapi katanya, mereka (Rohingya) itu juga sedar mengenai penularan COVID-19 dan mematuhi arahan menjalani ujian dan saringan kesihatan selepas pulang dari perhimpunan tersebut.
"Setahu saya ada kurang 50 yang ke perhimpunan dan kurang daripada 10 pulang dari perhimpunan itu dan ke klinik untuk jalani ujian, tetapi mereka disahkan negatif dan tidak menunjukkan sebarang gejala, " kata beliau.
Sementara itu, salah seorang jemaah tabligh Rohingya, Hajee Farid mengakui ada sebilangan Rohingya menyertai perhimpunan di Sri Petaling, tetapi tidak ramai, memandangkan ia merupakan acara di mana hanya mereka yang mendapat undangan khas boleh terlibat sama.
"Warga Rohingya bukan ulama atau pemimpin kanan persatuan sama sekali tidak akan menyertainya. Hanya 50, termasuk saya yang pergi ke perhimpunan berkenaan. Lain-lain Rohingya mungkin menyertai hari akhir perhimpunan untuk doa dan tidak bercampur dengan orang ramai,'' kata beliau dipetik sebagai berkata oleh berita atas talian RVision.
Seorang lagi jemaah tabligh, Mohammad Y pula memberitahu, jemaah yang hadir ke perhimpunan itu membuat pemeriksaan kesihatan COVID-19, tetapi mereka diuji negatif virus tersebut oleh klinik atau hopsital.
"Ada juga antara mereka tidak diperiksa dan diarah pulang kerana tidak mempunyai gejala atau simptom COVID-19,'' kata Mohamad Y, yang tinggal di Ampang.
Dalam perkembangan sama, Presiden Persatuan Rohingya di Malaysia (RSM), Bo Ming Naing berkata, selepas tersiar laporan mengenai 2,000 Rohingya dicari kerana menghadiri perhimpunan tabligh, pihaknya menggandakan sebaran maklumat menggesa etnik itu tampil dan menjalani saringan kesihatan untuk COVID-19.
Antara bentuk medium digunakan termasuk, Facebook dan laporan berita berbahasa Rohingya di televisyen termasuk RVison TV, yang dikendalikan Mohd Noor.
"Sekali pun mereka tidak mempunyai kad UNHCR, Rohingya, lebih-lebih lagi yang berkunjung ke perhimpunan tabligh itu diminta mematuhi arahan dan tidak lari daripada menjalani ujian saringan kesihatan untuk COVID-19 sebagaimana diminta pihak berkuasa Malaysia.
"Hal ini kerana kami juga serius untuk membantu kerajaan Malaysia memutuskan rantaian penyebaran COVID-19,'' kata beliau kepada Astro Awani.
Hampir 600 kes COVID-19 di Asia Tenggara dikaitkan dengan himpunan di Sri Petaling, termasuk 513 kes di Malaysia, 61 di Brunei, 22 di Kemboja, sekurang-kurangnya 5 di Singapura dan 2 di Thailand.
Pihak berkuasa kini berusaha menjejak peserta himpunan, tetapi setakat ini masih gagal mengesan 4,000 yang hadir.
Usaha menjejaki itu dibuat secara besar-besaran selepas peningkatan mendadak kes COVID-19 susulan himpunan itu. Seorang peserta yang menghadiri himpunan berkenaan meninggal dunia, Selasa lalu.
Sebelum ini, temubual dengan peserta dan hantaran di media sosial mendapati peserta menghabiskan sebahagian besar masa mereka berkumpul di masjid untuk acara 4 hari itu, dengan segelintir mereka pergi ke restoran, pusat beli-belah dan KLCC.
Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) di Malaysia memberitahu mereka mendapat maklumat ada pelarian dan pencari suaka menyertai himpunan itu dan kini bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan semua pelarian dan pencari suaka dimasukkan ke dalam usaha kerajaan mengekang wabak itu.
Data oleh UNHCR mendedahkan, lebih 100,000 etnik Rohingya menetap di Malaysia selepas diusir dari Myanmar, namun mereka masih dianggap pendatang tanpa izin.
Kementerian Kesihatan bagaimanapun belum memberi reaksi mengenai perkara ini.
Dr Azlinariah Abdullah
Fri Mar 20 2020

Pengarah Eksekutif Rohingya Vision (RVision), Mohd Noor berkata, tidak logik seramai itu warga Rohingya yang menyertai jemaah tabligh. - Gambar fail

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.

Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.

Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.

Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.

Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.

Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).

Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.