RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak ketinggalan terkejut dengan laporan peragaan separuh bogel sempena Tattoo Malaysia Expo 2019.
Dalam entri di akaun Twitter, baginda memuat naik kenyataan mempersoalkan tindakan penganjuran acara demikian.
"Allah akbar... apa nak jadi ni!" titah baginda dalam entri yang dimuat naik sekitar dua jam lalu.
Entri Tunku Azizah mendapat perhatian pengikut baginda termasuk 159 orang yang menurunkan komen sementara 6,000 pengikut mengulang kicau manakala 6,000 pengikut lain menurunkan tanda 'like'.
Teguran baginda itu merujuk pada acara Tattoo Malaysia Expo 2019 yang mencetus kontroversi kerana mempamerkan peragaan model tanpa seurat benang.
Media tempatan melaporkan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohammaddin Ketapi sudah mengarahkan tindakan sewajarnya diambil ke atas penganjur.
Menurut Mohammaddin, acara berkenaan telah melanggar tatasusila masyarakat sekali gus tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia.
"Adalah satu yang mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah seperti itu sebab itu bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam.
"Kami akan menanti laporan penuh siasatan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar syarat yang telah ditetapkan," kata Mohamaddin.
Tattoo Malaysia Expo 2019 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 29 November hingga 1 Disember lalu menghimpunkan peserta dari 35 negara.
BACA: Peragaan separuh bogel: Mustahil kerajaan akan luluskan - Menteri
Astro Awani
Mon Dec 02 2019

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terkejut dengan laporan peragaan separuh bogel sempena Tattoo Malaysia Expo 2019. - Gambar fail BERNAMA
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 penolong pegawai perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.

"Apa nak jadi ni!" - Raja Permaisuri Agong terkejut kontroversi ekspo tatu
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak ketinggalan terkejut dengan laporan peragaan separuh bogel sempena Tattoo Malaysia Expo 2019.