Perbualan menerusi aplikasi WhatsApp bersama pegawai bomba berjaya menyelamatkan tiga mangsa yang sesat hampir dua jam selepas mendaki Bukit Tabur, Taman Melawati di sini pada petang Sabtu.
Pemangku Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Mohd Azmi Abdul Latiff berkata kesemua mangsa berusia 22 tahun yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berjaya menemui jalan keluar di Kemensah, Hulu Klang kira-kira pukul 3.20 petang tadi setelah berhubung melalui aplikasi WhatsApp selepas sesat di lokasi berkenaan.
"Bomba menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang mangsa lelaki kira-kira pukul 1.55 petang dan tiba ke lokasi mereka mula mendaki di Kemensah pada pukul 2.40 petang.
"Selepas berjaya mendaki Bukit Tabur, mereka dilaporkan tersasar jauh sejauh lima kilometer ketika hendak turun dari bukit berkenaan dan menuju semula ke tempat mereka mendaki iaitu di Kemensah," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Mohd Azmi berkata memandangkan tiada kecederaan berlaku kepada mereka, pihaknya hanya memberi arahan serta petunjuk untuk mereka keluar dari kawasan dilaporkan sesat berdasarkan lokasi yang dihantar kepada beliau melalui WhatsApp.
Tambahnya, mangsa mula mendaki di Kemensah pada pukul 8 pagi dan ini merupakan pengalaman kali pertama mangsa ke Bukit Tabur.
"Mereka hanya mengikut sekumpulan pendaki menuju ke puncak bukit tetapi mereka bertiga turun sendiri dari puncak untuk pulang dan ini menyebabkan mereka sesat," katanya sambil menambah hujan lebat serta aliran trafik yang sesak menyebabkan bomba lambat tiba di lokasi kejadian.
Beliau berkata kesemua mangsa kelihatan letih selepas berjaya keluar daripada lokasi mereka dilaporkan sesat.
Katanya seramai lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dan tiga anggota polis menyertai operasi berkenaan.
Bernama
Sun Dec 06 2015
![Aplikasi WhatsApp selamat tiga mangsa sesat Aplikasi WhatsApp selamat tiga mangsa sesat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71444801605_Whatsapp.jpg)
Pihak Bomba dan Penyelamat hanya memberi arahan serta petunjuk untuk mereka keluar dari kawasan dilaporkan sesat berdasarkan lokasi yang dihantar kepada beliau melalui WhatsApp.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731770642_DrownGeneric.jpg)
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Setibanya anggota pasukan daripada BBP Selama di lokasi kejadian, didapati mangsa telah dijumpai orang awam.
![Bomba selamatkan dua warga Singapura sesat di Gunung Machinchang Bomba selamatkan dua warga Singapura sesat di Gunung Machinchang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735551573_Riadblok.jpg)
Bomba selamatkan dua warga Singapura sesat di Gunung Machinchang
Mereka mula mendaki gunung itu pada pukul 12.02 tengah hari dan dipercayai tersesat akibat keadaan yang sudah semakin gelap.
![Lima lokasi sungai, air terjun di Kuala Krai dikenal pasti berlaku kepala air Lima lokasi sungai, air terjun di Kuala Krai dikenal pasti berlaku kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675495352_LataBeranginKuala.jpg)
Lima lokasi sungai, air terjun di Kuala Krai dikenal pasti berlaku kepala air
Orang awam diharap tidak melakukan aktiviti di lokasi berkenaan kerana bimbang akan berlaku fenomena kepala air dalam musim hujan ini.
![JBPM Johor sanitasi tiga pintu masuk negeri bermula esok JBPM Johor sanitasi tiga pintu masuk negeri bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611739852_CIQJBairportsena.jpg)
JBPM Johor sanitasi tiga pintu masuk negeri bermula esok
Libatkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).
![Bukan sahaja manusia dipindahkan, kucing juga antara mangsa banjir Bukan sahaja manusia dipindahkan, kucing juga antara mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610022853_SelamatKucing.jpg)
Bukan sahaja manusia dipindahkan, kucing juga antara mangsa banjir
JBPM Kuala Krai terima panggilan kecemasan sekitar jam 12.30 tengah hari bagi memindahkan dua keluarga dari Kampung Kenor.
![Warga emas maut ketika sertai ekspedisi pacuan empat roda di Gerik Warga emas maut ketika sertai ekspedisi pacuan empat roda di Gerik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598868937_WargaEmasMaut.jpg)
Warga emas maut ketika sertai ekspedisi pacuan empat roda di Gerik
Setibanya anggota JBPM di lokasi kejadian, mangsa telah dibawa keluar ke jalan utama oleh peserta ekspedisi yang lain.
![Penunggang motosikal terbabas, meraung kaki tertusuk besi longkang Penunggang motosikal terbabas, meraung kaki tertusuk besi longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51581950478_tercucukbesikemal.jpg)
Penunggang motosikal terbabas, meraung kaki tertusuk besi longkang
Anggota JBPM terpaksa memotong besi itu menggunakan alat pemotong khas.
![Mangsa kedua berjaya dikeluarkan dari runtuhan Mangsa kedua berjaya dikeluarkan dari runtuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61581690011_TamanDesaruntuh.jpg)
Mangsa kedua berjaya dikeluarkan dari runtuhan
Mangsa warga Bangladesh itu dibawa keluar dari runtuhan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.
![Remaja lelaki lemas selepas bot dinaiki terbalik di Kota Tinggi Remaja lelaki lemas selepas bot dinaiki terbalik di Kota Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61580057320_bomba.jpg)
Remaja lelaki lemas selepas bot dinaiki terbalik di Kota Tinggi
Sembilan anggota dengan dua jentera dan satu bot aluminium dihantar ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan.
![Dua mangsa terperangkap di kawasan perkelahan diselamatkan JBPM Perak Dua mangsa terperangkap di kawasan perkelahan diselamatkan JBPM Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566641873_remajaberkelah.jpg)
Dua mangsa terperangkap di kawasan perkelahan diselamatkan JBPM Perak
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 2.50 petang.