Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) masih menunggu keputusan pihak Vietnam untuk mengekstradisi kelapan-lapan suspek kapal tangki MT Orkim Harmomy ke Malaysia, kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar.
Katanya beliau bersama lima pegawai kanan APMM berada di Hanoi pada minggu lepas bagi menguruskan keperluan berhubung ekstradisi kelapan-lapan suspek yang kini ditahan pihak Vietnam pada 19 Jun.
"Selain itu, semua cap jari dan DNA kelapan-lapan suspek telah diambil. Kita juga menganalisis data komunikasi daripada telefon bimbit dan telefon satelit dimiliki mereka.
"Kita masih menunggu jawapan dari pihak Vietnam. Saya yakin tiada masalah untuk membawa mereka (suspek) balik," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Ahmad Puzi berkata pegawai-pegawai kanan itu akan kembali ke Hanoi selepas Hari Raya Aidilfitri bagi meneruskan usaha mengektradisi kelapan-kelapan suspek agar mereka menghadapi pendakwaan di Malaysia.
Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilapor hilang pada pukul 8.57 malam pada 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka menuju Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Lapan suspek kemudiannya ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam pada 19 Jun.
Bernama
Mon Jul 20 2015
Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilapor hilang pada pukul 8.57 malam pada 11 Jun lepas. - Gambar fail
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
APMM masih tunggu keputusan Vietnam ekstradisi 8 suspek MT Orkim Harmony
APMM telah menguruskan keperluan berhubung ekstradisi kelapan-lapan suspek yang kini ditahan pihak Vietnam pada 19 Jun.