Cadangan melaksanakan peraturan hanya warga tempatan dibenar menjadi tukang masak di restoran bermula tahun hadapan perlu dikaji dengan lebih teliti.
Peraturan itu walau dilihat sebagai langkah proaktif kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan restoran tempatan terhadap pekerja asing dan menjaga kualiti makanan, namun tinjauan Bernama mendapati rata-rata pengusaha industri itu berpendapat ia tidak wajar dilaksanakan secara mendadak.
Ketua Eksekutif Kumpulan Restoran Kayu Nasi Kandar, Sirajudin Mohamed Mydin, berkata pelaksanaan peraturan itu perlu mengambil kira masalah yang akan dihadapi pengusaha restoran tempatan, khususnya untuk mencari pengganti tukang masak dalam masa singkat.
BACA: Peniaga makanan mahu pusat sehenti bagi pengambilan tukang masak tempatan
"Ia tidak mudah bagi kami (pengusaha makanan) untuk mencari tukang masak yang bagus dalam masa yang singkat. Bagaimanapun kami boleh melatih pekerja baharu (tempatan) tetapi ia mengambil masa untuk mendapatkan kemahiran memasak itu," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Menteri Sumber Manusia, M. KulaSegaran, pada Jumaat dilapor menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan di restoran masing-masing dan peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan 2019.
Kenyataan itu menyebabkan pelbagai kritikan dilemparkan kepada beliau dalam media sosial, sebelum beliau semalam dilapor menjelaskan bahawa arahan itu masih pada peringkat cadangan dan perbincangan akan dilaksanakan dengan pihak berkepentingan sebelum arahan lanjut dilaksanakan.
BACA: Tukang masak tempatan hanya cadangan - Kulasegaran
Seorang pengusaha restoran tempatan, Jemain Sakat, 54, berpendapat cadangan itu adalah wajar, namun tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa kerana faktor kekangan tenaga fizikal daripada warga tempatan sendiri.
"Orang kita (tempatan) tidak mahu bekerja lebih masa dan kekuatan fizikal tidak sama dengan pekerja asing selain faktor gaji dan kebanyakan mereka lebih memilih hotel sebagai destinasi kerjaya," katanya yang telah mengusahakan perniagaan makanan selama 10 tahun.
Peniaga restoran dan tukang masak, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, 28, bersetuju cadangan polisi itu dilaksanakan sekiranya kemahiran memasak serta komitmen warga tempatan setaraf dengan warga asing.
"Sukar nak jumpa mereka (warga tempatan) yang sanggup bekerja lebih daripada lapan jam," katanya. -- Bernama
BACA: Kenapa pekerja asing tak boleh masak masakan Malaysia? - Chef Wan
Bernama
Sun Jun 24 2018

Seorang tukang masak warga asing dilihat melakukan rutin kerja harian di sebuah restoran di pusat bandar Kuala Lumpur pada 22 Jun 2018. - BERNAMA
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Kerajaan Sarawak cadang dana khas biayai projek pertanian pintar - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata untuk memulakan pertanian pintar ia memerlukan kos yang tinggi kerana ia melibatkan teknologi yang digunakan.

Indonesia sasar jadi hab pengeluaran halal
Indonesia bukan sahaja mahu menjadi negara yang menetapkan piawaian pensijilan halal, bahkan menjadi hab pengeluaran halal global, kata Naib Presiden Ma'ruf Amin.

Komitmen peladang, penternak, nelayan sumbang bekalan makanan negara kekal stabil
Tanpa sumbangan, pengorbanan dan titik peluh mereka, tidak mungkin jaminan kelangsungan bekalan makanan di negara terus kekal stabil.

Diskaun tarif elektrik kepada pengeluar dan peruncit makanan di Sarawak
Sarawak akan melaksanakan beberapa pendekatan untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat susulan inflasi makanan.

Sektor pertanian, penternakan dan industri makanan akan terus dibenar beroperasi
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata pihaknya akan memastikan sektor-sektor ini untuk terus beroperasi tanpa sebarang gangguan.

MAFI bercadang wujud akta khusus untuk benih dan baja
Cadangan itu antara beberapa perkara yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah pada Jumaat.

MITC bakal tarik pelaburan RM500 juta syarikat multinasional
Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC) bakal menarik pelaburan asing kira-kira RM500 juta menerusi syarikat multinasional usahasama MITC untuk melabur di negara ini dalam industri seperti miny

Arahan guna tukang masak tempatan perlu dikaji
Rata-rata pengusaha industri berpendapat peraturan itu, yang sepatutnya bermula tahun depan, tidak wajar dilaksanakan secara mendadak.

Felcra pelbagaikan kegiatan ekonomi kukuhkan kewangan
Felcra akan menceburi pelbagai bidang antaranya industri makanan, hartanah, perniagaan input pertanian, ternakan serta makanan halal diproses.