Armada akan menolak proses untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sekiranya ia melemahkan atau menghakis fungsi dan kesan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, sistem Raja Berperlembagaan, kedudukan Islam, dan mana-mana hak termaktub dalam perlembagaan itu.
Ketuanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pendirian Armada, sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berdasarkan persefahaman dan ketetapan bersama parti komponen Pakatan Harapan untuk meneruskan dan menyejahterakan Malaysia melalui asas dan dasar sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata sebarang bentuk agenda untuk mengubah dan menggubal dasar-dasar kenegaraan Malaysia yang baharu di dalam Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dibuat melalui proses di Parlimen.
"Ini bermakna ia dibuat atas kehendak politik rakyat Malaysia sendiri tanpa campur tangan pihak asing. Kami menolak sebarang unsur tekanan dan ancaman pihak luar dalam proses menggubal apa sahaja undang-undang di Malaysia termasuklah Perlembagaan Persekutuan sekiranya ratifikasi ICERD dilaksana.
"Armada mendesak pihak kerajaan mengkaji semula cadangan ratifikasi ini sama ada ia akan meletakkan undang-undang negara pada tahap sama dengan undang-undang antarabangsa kerana ia boleh mengakibatkan keseimbangan sosio-ekonomi dan hak-hak tertentu di Malaysia mula terhakis," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Kabinet belum membincangkan secara terperinci proses ratifikasi ICERD, namun begitu beliau memberi jaminan isu tersebut akan dibincangkan di Kabinet.
Syed Saddiq berkata selaku ketua Armada beliau akan membangkitkan perkara itu di dalam mesyuarat Kabinet dan mendapatkan penjelasan pihak-pihak berkenaan mengenai usul itu, selain memberi jaminan Armada akan terus berusaha memastikan kerajaan Malaysia Baharu tidak lari daripada tujuan asal mentadbir Malaysia.
Beliau berkata resipi kejayaan sesebuah negara adalah berdasarkan acuan masing-masing dan tidak semestinya perlu menurut semua aturan yang diwar-warkan oleh pihak luar.
"Dalam proses pembentukan sosio-ekonomi negara, akan terdapat perkara-perkara fundamental yang mungkin bercanggah dengan konsep universal yang diguna pakai oleh negara-negara tertentu, namun kita berhak membina model negara ini menggunakan cara dan acuan kita sendiri.
"Iaitu mengikut hukum agama, adat dan kearifan tempatan sesuai dengan prinsip Islam yang sejagat dalam menjaga kemuliaan insan, namun kerajaan Malaysia sama sekali tidak akan berlaku tidak adil dengan mana-mana pihak walaupun ICERD tidak diratifikasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 06 2018

SYED SADDIQ: Ia dibuat atas kehendak politik rakyat Malaysia sendiri tanpa campur tangan pihak asing. - Gambar fail

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Izzah pecah rekod Asia, raih emas kedua di ATC 2025
Dalam perlumbaan final, Izzah mencatatkan masa 1 minit 6.229 saat (1:06.229s), memadam rekod Asia sebelum ini iaitu 1:07.137s.

Hatrik Mintah julang Kuching City, Kedah tumbang di Paroi
Mintah tenang menanduk masuk bola hantaran Tchetche Kipre yang terlebih dahulu terkena palang seawal minit ketiga.

Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

Peningkatan hasil dan ladang perlu untuk tingkat pengeluaran minyak sawit - Mielke
Minyak sawit masih merupakan peneraju harga dan minyak sayuran yang paling dominan dengan jumlah eksport mencecah 55.4 juta tan.

Aset ATM di Sabah, Sarawak perlu diperkukuh, pastikan kedaulatan negara terjamin
Keutuhan dan keamanan wilayah khususnya di Sabah dan Sarawak adalah antara faktor yang paling penting seperti terkandung dalam dasar negara.

MOSTI lancar Pusat Kercerdasan Kuantum MIMOS pertama negara
MIMOS turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan SDT Inc. dari Korea untuk menubuhkan Lembah Kuantum Malaysia, iaitu hab inovasi yang dinamik.

Presiden Prabowo lancar perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia
Pengeluaran emas Indonesia telah meningkat daripada 100 tan kepada 160 tan setahun, kata Presiden Prabowo.

Malaysia, Thailand perhebat kerjasama pertahanan dan latihan ketenteraan
Negara-negara anggota ASEAN perlu menjadi kuat dan bersatu agar lebih banyak kerjasama dapat dilihat antara negara serantau pada masa depan.
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Syed Saddiq sahkan tidak sertai parti Pejuang
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Dr Mahathir dakwa kerajaan guna SPRM beri tekanan kepada pembangkang
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digunakan kerajaan untuk memberi tekanan kepada pihak pembangkang.

Kalau itu duit haram, kenapa saya perlu buat laporan polis? - Syed Saddiq
Syed Saddiq sudah arahkan pegawainya buat laporan polis berhubung fitnah ambil duit parti, serta dikaitkan dengan seorang wanita.

Armada Bersatu tolak gabungan bersama UMNO secara 'en-bloc' - Syed Saddiq
Armada Bersatu Malaysia mengambil pendirian untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kekal menjadi Perdana Menteri.

'Saya tidak mahu ada konfrontasi' - Syed Saddiq buka mulut isu panjat pagar
Kata Syed Saddiq, jelas sekali dirinya tidak mahu ada apa-apa konfrontasi kerana ia boleh membawa kepada serangan fizikal.

Syed Saddiq sedia dicabar pada pemilihan Bersatu
Syed Saddiq secara terbuka berkata, beliau sedia dicabar dalam jawatan berkenaan pada pemilihan jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pentingnya penyatuan, pendidikan untuk dunia Islam - Syed Saddiq
Tanpa satu suara yang kuat, sukar untuk langkah seterusnya diambil, apatah lagi melaksanakan gerak kerja yang sistematik dan efektif.

Kalah di Tanjung Piai, Semenyih kerana tiada 'pekerja' - Tun Mahathir
Perdana Menteri gesa kikis sikap mementingkan diri sebaliknya memahami bahawa perjuangan parti adalah asas kepada kejayaan.

Syed Saddiq tidak 'serik', kembali 'merempit' di malam Tahun Baharu 2019
Kecederaan yang dialami oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana kemalangan motosikal tidak menghalang beliau untuk kembali merempit di ibu kota.