Katanya, carian tahun ini lebih bersifat politik hingga Astro AWANI menjadi perhatian pengguna di Malaysia.
“Kata kunci Astro AWANI berada di tempat pertama, ia diikuti dengan Kini TV dan kemudian The Malaysian Insight,” katanya kepada Astro AWANI.

Bercakap tentang bayangan trend di tahun 2019, Zeffri memberitahu, ia bergantung kepada peristiwa yang mendapat perhatian.
“Mahu jangka pun agak sukar, tetapi kalau ada peristiwa besar, semestinya ia akan menjadi carian tertinggi.
“Selalunya, peristiwa atau individu yang trending kerap kali membabitkan filem hits atau drama yang mendapat perhatian serta ini dibuktikan dengan hasil carian tahun-tahun sebelum ini,” katanya lagi.


