Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng enggan memohon maaf kepada Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim susulan dakwaan fitnah yang dikemukakan beliau terhadap Abdul Azeez.
Tanpa mengulas lanjut, Guan Eng secara sinis menjawab: "Azeez Rahim? Tolonglah."
Setiausaha Agung DAP itu yang mengakui belum menerima surat tuntutan daripada Abdul Azeez berkata, beliau sedia untuk menghadapi saman daripada Abdul Azeez.
"Saya belum pulang ke Pulau Pinang. Mungkin dia hantar surat tuntutan itu ke pejabat saya. Saya kena periksa dulu.
"Itu hak dia (untuk kemukakan saman). Kami akan hadapi saman itu. Adalah perkara biasa untuk Barisan Nasional (BN) mengemukakan saman kepada kami," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Terdahulu, Abdul Azeez memaklumkan beliau sudah menghantar surat tuntutan ke pejabat Guan Eng dan rumahnya petang semalam mendakwa Guan Eng memfitnah beliau yang menerima bayaran perundingan RM3 juta oleh pemaju projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Melalui surat tuntutan berkenaan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu memberi tempoh empat hari kepada Guan Eng untuk memohon maaf secara terbuka, menarik balik kenyataan, berjanji untuk tidak mengulangi dakwaannya dan mendedahkan sumber maklumat mengenai surat peguam yang dihantar oleh Konsortium Zenith atau berdepan tindakan saman.
BACA: Tuntut maaf terbuka, Guan Eng diberi masa 4 hari
Semalam, Guan Eng dilaporkan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Abdul Azeez yang didakwa menerima bayaran RM3 juta oleh Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd (Konsortium Zenith) untuk khidmat rundingan pengurusan risiko dan pematuhan peraturan bagi projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Ahad lalu, Abdul Azeez memaklumkan Konsortium Zenith menyerahkan notis menarik balik tuntutan dan meminta maaf secara terbuka kerana mengaitkannya dengan projek terbabit.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Mar 06 2018

GUAN ENG: Kami akan hadami saman itu. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan Azeez Rahim dalam saman terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng ke tarikh lain.

Rayuan Abdul Azeez kes saman fitnah terhadap Guan Eng didengar Mei 2023
Pendengaran rayuan Abdul Azeez terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap Guan Eng ditetapkan semula pada 19 Mei tahun depan.

Dewan kecoh: Azeez dakwa cakap Tamil dengan gajah, Rayer anggap itu biadab, kurang ajar
Kerana enggan patuh pada arahan, Speaker arahkan RSN Rayer keluar dari Dewan selama 10 minit

Isu Tabung Haji kembali hangatkan Dewan Rakyat
Isu berkaitan pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) terus menjadi topik hangat diperdebat di Dewan Rakyat.

Abdul Azeez dakwa Mujahid terkhilaf dalam isu TH
Laporan audit yang disediakan PricewaterhouseCoopers menyatakan nilai liabiliti TH ialah RM74.4 bilion melebih nilai aset (RM70.3 bilion) adalah tidak tepat.

Azeez Rahim, Riza Aziz dipanggil SPRM
Kehadirannya dipercayai bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.

Tuntut maaf terbuka, Guan Eng diberi masa 4 hari
Datuk Seri Abdul Azeez Rahim memberi tempoh empat hari kepada Lim Guan Eng untuk memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah dirinya.

Rombakan MT UMNO: Ahmad Maslan pegang portfolio Informasi, IT
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan rombakan beberapa portfolio Majlis Tertinggi UMNO.

Tragedi kren tumbang Mekah: TH belum terima laporan siasatan penuh
Tabung Haji belum menerima laporan hasil siasatan penuh tragedi kren runtuh di Masjidilharam, Mekah.

121 jemaah Malaysia terkandas di Madinah dibawa pulang
Sejumlah 121 jemaah Malaysia yang terkandas di Madinah sejak tujuh hari lepas setelah menunaikan umrah akan dibawa pulang esok.