Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali disifatkan bakal menjadi 'bapa' segala hipokrit selepas memutuskan untuk meneruskan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Azmin kini sudah mula menunjukkan sikap sebenarnya dan melupakan hasrat untuk menjadi pemimpin berjiwa rakyat.
"Saya percaya apa yang dibuatnya selama ini 'cakap tidak serupa bikin'. Azmin mula menayangkan belang sebenar dan ia bermotif kepentingan peribadi.
"Ini hipokrit namanya, Memang ini sikap setiap lapisan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Azmin menjadi ketua kepada semua hipokrit di sana," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Noh mengulas mengenai keputusan Azmin untuk meneruskan perjanjian Kidex walaupun ia menjadi salah satu alasan Menteri Besar Selangor sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak untuk meletakkan jawatan.
Azmin dilaporkan akan mengkaji semula dan mendedahkan kepada umum perjanjian Lebuhraya Kidex dan mendapatkan taklimat daripada pihak berkenaan mengenai perjanjian yang dimeterai sebelum mengambil langkah seterusnya.
Abdul Khalid semasa memegang jawatan menteri besar sebelum ini dilaporkan berkeras mahu meneruskan projek Kidex dan tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak.
Abdul Khalid juga sebelum ini pernah menerima memorandum bantahan Kidex daripada badan bukan kerajaan (NGO), Say No To Kidex (SNTK).
Sebuah akhbar baru-baru ini turut melaporkan keluhan Pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Shahrunizad Sahar yang menyifatkan Azmin sepatutnya mempunyai perancangan pembaharuan dalam pentadbiran negeri dan mendakwa menteri besar itu sudah lama mengimpikan jawatan berkenaan.
Dalam pada itu jelas Noh, pemimpin PR lain juga didesak untuk menyatakan pendirian masing-masing terhadap isu ini.
"Kita hendak tengok adakah Kidex itu perjuangan rakyat atau perjuangan peribadi PR secara keseluruhannya.
"Senang sahaja, jika mereka menyokong Azmin, ini terbukti selama ini pemimpin PR ini memang sengaja mencari alasan untuk menukar Abdul Khalid," jelasnya.
Tindakan Azmin itu turut mendapat sokongan Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua di dalam laman Twitternya.
Projek lebuh raya sepanjang 14 kilometer dengan anggaran kos RM2.2 bilion itu sebelum ini mendapat bantahan penduduk setempat yang mendakwa ia akan memusnahkan alam sekitar.
Selain itu, ia turut dilihat menjadi faktor harga hartanah merudum, dan disifatkan bukan penyelesaian yang bijak kepada masalah lalu lintas.
Azmin pada minggu pertama menjadi menteri besar mengakui mahu mencontohi inspirasi turun padang seperti yang dilakukan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias meminta Azmin membuktikan hasratnya untuk menjadi seperti Jokowi dan melebihkan masa bersama rakyat negeri.
Wan Syamsul Amly
Wed Nov 05 2014

NOH: Azmin jadi 'bapa' segala hipokrit kalau teruskan Kidex - Gambar fail

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

PRN: Azmin yakin PN bentuk Kerajaan Negeri Selangor malam ini
Keyakinan tersebut bersandarkan kepada sokongan para pengundi yang dilihat sepanjang 14 hari kempen termasuk 'Grand Finale' malam tadi.

Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik
Kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bergantung kepada sejauh mana kekuatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyaingi kem-kem lain yang wujud di dalam arti itu sendiri.

Video Intim: Polis sahkan terima laporan Haziq
Video Intim: Polis Sahkan terima laporan Muhammad Haziq

Kabinet bayangan pembangkang diputuskan selepas mesyuarat Pakatan - Azmin
Penubuhan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang hanya akan diputuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan itu dalam tempoh terdekat ini.

Bajet: S'gor cadang tambah 50 peratus peruntukan pembangunan
Kerajaan Selangor bercadang menambah hampir 50 peratus peruntukan perbelanjaan pembangunan di negeri itu dalam rangka Bajet 2015 yang akan dibentangkan bulan depan.

Azwan Ali: Abang saya layak jadi MB
Selebriti Azwan Ali percaya abangnya Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa layak menjadi Menteri Besar Selangor.

Ummi Hafilda tawar diri lawan Azmin
Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan PKR pada PRU13 ini.