SEJAK 7 Mac yang lalu warga Pasir Gudang digemparkan dengan isu pencemaran bahan kimia yang menjejaskan kesihatan ramai orang terutamanya pelajar sekolah.
Hal ini menyaksikan langkah penutupan beberapa sekolah yang terjejas.
Usaha sedang giat dilaksanakan oleh pihak terbabit dalam menangani perkara ini daripada menjadi lebih teruk.
Terima kasih atas segala tindakan pantas pihak yang terlibat terutamanya pasukan perubatan, bomba, polis, MPPG, PAGEMA, kerajaan negeri dan semua pihak yang bertungkus lumus bagi memastikan keselamatan dan kesihatan komuniti yang terjejas.
Sungguh pun begitu, adalah lebih baik sekiranya Jawatankuasa Bencana yang dibentuk mengadakan saluran khas untuk menyalurkan maklumat-maklumat terkini kepada umum mengenai operasi yang sedang mereka laksanakan.
Hal ini penting dalam menangani berita-berita palsu yang rancak disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab di dalam media-media sosial, seterusnya menimbulkan keresahan dalam kalangan komuniti.
Berita yang tepat dari sumber yang sahih adalah amat penting dalam situasi kritikal seperti ini. Sekaligus menjadi panduan kepada umum mengenai tindakan yang sewajarnya diambil oleh mereka untuk menghadapi kes-kes kecemasan dan mengurangkan suasana panik.
Berikut adalah serba sedikit tip yang boleh diambil untuk berhadapan situasi semasa khususnya buat mereka yang berada dalam kawasan terjejas :
1. Sentiasa peka dengan perubahan keadaan sekitar khususnya bau yang tengit dan kurang menyenangkan terutamanya pada waktu angin yang kuat.
2. Sentiasa memantau keadaan kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga yang lain dengan mengambil berat terhadap simptom-simptom seperti pedih mata, loya, muntah, pening, sakit dada dan sesak nafas, anda mungkin telah terdedah kepada pemcemaran bahan kimia berkenaan. Jadi segera dapatkan rawatan perubatan di klinik kesihatan atau hospital yang berhampiran.
3. Rawatan awal atau kecemasan yang mungkin boleh diberikan mangsa yang terdedah kepada pencemaran kimia ini termasuklah basuh anggota yang terjejas dengan air bersih yang banyak atau mandi, longgarkan pakaian yang ketat atau bantuan pernafasan bagi kes-kes sakit dada dan sesak nafas, atau lain-lain rawatan kecemasan yang bersesuaian bergantung kepada keadaan mangsa. INGAT rawatan kecemasan tidak boleh menggantikan rawatan perubatan yang perlu diterima oleh mangsa. Jadi, apapun keadaan mangsa, mangsa mesti mendapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.
4. Kurangkan aktiviti di luar rumah. Mandi dengan kerap jika terpaksa berada di luar rumah bagi mengelakkan kemungkinan sisa kimia terkena anggota badan.
5. Elakkan daripada mengunjungi kawasan yang terjejas sehingga kawasan tersebut diisytiharkan selamat oleh pihak berkuasa.
6. Jika berasa khuatir & keadaan yang amat mendesak terutamanya terdapat ramai anak kecil & ahli keluarga yang tidak sihat, bolehlah mengambil tindakan untuk berpindah sementara dari kawasan terjejas sehingga keadaan menjadi reda.
7. Bagi mereka yang terpaksa memasuki kawasan terjejas terutamanya petugas-petugas yang terlibat, pastikan anda menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang bersesuaian dengan situasi sekarang ini. Contohnya ‘Half Facepiece Respirators with multigas cartridge’ kerana anda berdepan dengan risiko kimia merbahaya yang kemungkinan akut. Penggunaan ‘face mask’ N95/R95, ‘surgical mask’ atau ‘general purpose face mask’ adalah tidak sesuai untuk menangani pencemaran kimia.
8. JANGAN sebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih terutamanya dari sumber yang diragui tentang situasi semasa. Ini tidak membantu pihak yang terjejas sebaliknya hanya menambahkan situasi cemas & panik kepda mereka. Pastikan segala informasi yang hendak dikongsikan hanya dari sumber yang sahih seperti kenyataan media Jawatankuasa Bencana Kerajaan Negeri Johor, kementerian dan agensi yang terlibat.
Setiap dari kita ada tanggungjawab dan peranan kepada komuniti. Jadilah insan yang bertanggungjawab.
‘Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam.’ (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Semoga Allah permudahkan urusan sahabat dan seluruh komuniti di Pasir Gudang dalam menangani ujian ini.
*Mohd Soffian Osman merupakan Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn Bhd.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Ts Mohd Soffian Osman
Wed Mar 13 2019

Hal ini penting dalam menangani berita-berita palsu yang rancak disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab di dalam media-media sosial, seterusnya menimbulkan keresahan dalam kalangan komuniti. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bahana Sungai Kim Kim, tip elak jadi mangsa
Sejak 7 Mac yang lalu warga Pasir Gudang digemparkan dengan isu pencemaran bahan kimia yang menjejaskan kesihatan ramai orang terutamanya pelajar sekolah.