Polis menahan seorang murid Tahun 6 di rumahnya di Taman Sri Wangsa, di sini, malam tadi kerana dipercayai merogol seorang kanak-kanak berusia empat tahun.
Suspek dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu kerana terangsang selepas menonton video di telefon bimbit.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata suspek yang merupakan anak sulung kepada pengasuh mangsa ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan polis.
Menurutnya, kira-kira jam 10.30 malam pada 27 Jun lalu, mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluan dan memberitahu bahawa anak pengasuh yang dikenali sebagai "abang" ada menyentuh kemaluannya.
“Pada 28 Jun, pengadu membawa anak perempuannya ke Klinik Tanjung Tualang untuk pemeriksaan dan doktor menyuruh pengadu membuat laporan polis.
“Kemudian, pengadu telah berjumpa dengan pengasuh dan suspek (anak sulung pengasuh) mengaku melakukan perkara tersebut,” katanya, di sini, hari ini.
Ahmad Adnan berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah teres satu tingkat di dalam bilik ketiga di atas katil ibu bapa suspek.
Menurutnya, kejadian berlaku sebanyak tiga kali -- pertama pada awal puasa (tarikh sebenar tidak pasti), kedua pada 3 Mei, dan ketiga pada 17 Jun lalu.
Katanya, pemeriksaan telah dilakukan doktor pakar O&G Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan didapati kesan koyakan pelbagai posisi hingga menyebabkan selaput dara mangsa pecah.
Di samping itu, ujarnya, terdapat kesan kemerahan pada bahagian “introitus” dan kawasan dubur mangsa disyaki berlaku kemasukan dalam kemaluan mangsa oleh objek tumpul.
Ibu suspek mengasuh lapan kanak-kanak berumur antara 2 sehingga 11 tahun mulai jam 6.30 pagi hingga 9 malam, dan mangsa telah dijaga pengasuh sejak Oktober 2017.
Suspek direman mulai hari ini hingga 5 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jul 02 2019
![Bahana tonton video, murid darjah 6 ditahan rogol budak 4 tahun Bahana tonton video, murid darjah 6 ditahan rogol budak 4 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41557373161_ROGOL.jpg)
Murid tahun 6 ditahan di rumahnya di Taman Sri Wangsa kerana disyaki merogol budak berusia empat tahun. -Gambar hiasan
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
![Empat warga Pakistan ditahan kerana pukul pemandu kereta Empat warga Pakistan ditahan kerana pukul pemandu kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685872389_handcuffed.jpg)
Empat warga Pakistan ditahan kerana pukul pemandu kereta
Tiada kecederaan serius dialami pemandu kereta terbabit melainkan luka di bahagian kepala.
![Mayat ditemui dalam keadaan ngeri, sebahagian tubuh dimakan biawak Mayat ditemui dalam keadaan ngeri, sebahagian tubuh dimakan biawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709697923_TBMayatditemuij.jpg)
Mayat ditemui dalam keadaan ngeri, sebahagian tubuh dimakan biawak
Satu mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian tubuh dimakan biawak di sebatang sungai dekat Batu 3 Jalan Maharajalela di Teluk Intan.
![Cubaan bunuh polis, dua lelaki tempatan diberkas Cubaan bunuh polis, dua lelaki tempatan diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698109616_lelaki.jpg)
Cubaan bunuh polis, dua lelaki tempatan diberkas
Polis turut melepaskan satu das tembakan ke arah hadapan cermin kereta dinaiki suspek, untuk mempertahankan diri.
![Wanita rugi RM118,880 jadi mangsa 'phone scam' Wanita rugi RM118,880 jadi mangsa 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687075160_scmageneric.jpg)
Wanita rugi RM118,880 jadi mangsa 'phone scam'
Suspek mendakwa mangsa akan dikenakan hukuman gantung dan 15 sebatan kerana terlibat dalam kes jenayah berat.
![Diugut sebar video bogel, pengurus kilang rugi lebih RM30,000 Diugut sebar video bogel, pengurus kilang rugi lebih RM30,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623814507_twitter.jpg)
Diugut sebar video bogel, pengurus kilang rugi lebih RM30,000
Suspek telah mengugut mangsa untuk memasukkan bayaran dan sekiranya tidak ditunaikan suspek akan menyebarkan gambar dan video bogel mangsa menerusi WhatsApp, Facebook dan Instagram.
![Tidak sempat rai hari jadi, tiga lelaki maut kereta bertembung lori tangki Tidak sempat rai hari jadi, tiga lelaki maut kereta bertembung lori tangki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655096794_Tidaksempatraihar.jpg)
Tidak sempat rai hari jadi, tiga lelaki maut kereta bertembung lori tangki
Mangsa dikenal pasti sebagai S.Srinivasa Rao, 19; M.Phooveandra, 26; dan KC Thinakaran,19, yang menaiki kereta jenis Volkswagen.
![Pelajar maut langgar belakang treler Pelajar maut langgar belakang treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653084309_Pelajarsekolah.jpg)
Pelajar maut langgar belakang treler
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 1.35 petang itu.
![Pengguna alih penghadang konkrit elak kesesakan Pengguna alih penghadang konkrit elak kesesakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651794006_AlihPenghadang.jpg)
Pengguna alih penghadang konkrit elak kesesakan
Tindakan ini adalah satu kesalahan kerana boleh membahayakan dan mengelirukan pengguna jalan raya lain dengan laluan sebenar yang sepatutnya digunakan.
![Mayat bergelang merah jambu ditemui terapung Mayat bergelang merah jambu ditemui terapung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645349589_garisanpolispolic.jpg)
Mayat bergelang merah jambu ditemui terapung
Mangsa berusia 54 tahun dipercayai masih dalam kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 itu ditemui orang awam kira-kira jam 3.30 petang.
![Wang simpanan guru lesap ditipu sindiket Macau Scam Wang simpanan guru lesap ditipu sindiket Macau Scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641487025_MACAUSCAM.jpg)
Wang simpanan guru lesap ditipu sindiket Macau Scam
Mangsa menyerahkan segala butiran maklumat akaun bank berkenaan kepada suspek wanita yang dikenali dengan panggilan Jasmin.