Kerajaan perlu serius dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu, kata Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Awang Sariyan sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem semalam berhubung isu penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan surat-menyurat rasmi negeri Sarawak.
Beliau berkata perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi, didefinisikan sebagai penggunaan Bahasa Melayu dalam acara-acara rasmi dalam negara ini.
"Secara falsafahnya, semua negeri harus mendokong semangat dan roh Perlembagan Persekutuan. Dari segi praktiknya, kelonggaran diberikan di peringkat Tanah Melayu, dengan 10 tahun kelonggaran dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.
"Namun selepas 10 tahun, tiada helah dan alasan lagi untuk bahasa Melayu untuk tidak digunakan. Kelonggaran itu diberikan dalam tempoh 10 tahun pertama (penubuhan Malaysia). Jadi, kalau tahun 1963 dihitung sebagai titik mula, beerti tahun 1973 sudah tamat tempoh (kelonggaran) tersebut," tambah Awang dalam satu sidang media di Menara DBP, di sini pada Khamis.
Menurutnya, kelonggaran itu tidak sepatutnya diteruskan memandangkan kelonggaran yang diberikan sudah melebihi 50 tahun.
"Ini bukan setakat kelonggaran. Kalau disebut dasar dwibahasa ataupun pentadbiran, beerti kecenderungan dapat kita bacakan atau kita telah ramalkan, akan lebih banyak orang yang cenderung memilih bahasa kedua.
"Akhirnya bahasa Melayu akan terpinggir, menjadi satu bahasa yang hanya tercatat dalam perlembagaan. Pada pratiknya lagi, bahasa kedualah yang akan mengambilalih Bahasa Melayu.
Beliau berkata keadaan tersebut akan mengancam perpaduan, jati diri dan aspirasi dalam mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa negara.
"Jadi kita tidak mahu ada negeri yang menggunakan Bahasa Inggeris diutamakan dan Bahasa Melayu menjadi bahasa kedua kemudian ada negeri lain menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama yang menunjukkan tiada aspirasi yang sama.
Awang juga berkata penggunaan Bahasa Melayu di negeri Sabah dan Sarawak pada ketika ini berada di peringkat dan kualiti yang lebih tinggi.
"Ini bukan pandagan peribadi saya. Dalam satu program dakwah bahasa sekitar tahun 80-an bersama Jabatan Ketua Menteri Sabah di seluruh daerah, hampir 100 etnik di Sabah dan Sarawak berkomunikasi di antara mereka menggunakan bahasa Melayu. Ini menunjukkan Bahasa Melayu menjadi tutur penyatu etnik di Sabah dan Sarawak.
"Melihat perkara ini, potensi Bahasa Melayu itu patut digilap dan menjadi utama di Sabah dan Sarawak," tambahnya.
Mariah Ahmad
Thu Nov 19 2015
AWANG: Kelonggaran itu tidak sepatutnya diteruskan memandangkan kelonggaran yang diberikan sudah melebihi 50 tahun. - Gambar Fail
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Bahasa Melayu akan terpinggir, sekadar bahasa dalam perlembagaan - DBP
Kerajaan perlu serius dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu, kata Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Awang Sariyan.