ORANG ramai khususnya pencinta filem dinasihatkan supaya tidak tertidur di dalam kenderaan dengan enjin terbuka apabila menonton pawagam pandu lalu.

Public Health Malaysia dalam status di akaun Facebook memaklumkan suhu di negara ini yang agak panas menyebabkan ramai yang akan menghidupkan penyaman udara kenderaan masing-masing, walaupun kenderaan tidak bergerak.


Sumber Facebook publichealthmalaysia

"Gas karbon monoksida yang bocor dari ekzos boleh disedut masuk ke dalam kenderaan dan boleh menyebabkan keracunan gas tersebut.

BACA: Perak negeri pertama perkenal pawagam pandu masuk

"Apa yang unik mengenai gas ini adalah tidak berwarna dan tidak berbau, tahu-tahu sahaja anda telah pengsan (disangka tidur)," katanya.

Dalam status yang sama, Public Health Malaysia turut menasihatkan orang ramai supaya memastikan kenderaan masing-masing sentiasa diservis untuk keselamatan memandu.