Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mesti bersatu dalam usahanya untuk menolak sebarang langkah mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel tetapi sebaliknya, Baitulmaqdis akhirnya hendaklah menjadi ibu negara Palestin, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata Malaysia mengutuk dan menolak sama sekali keputusan satu pihak oleh Amerika Syarikat (AS) untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, dan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
"Status muktamad Baitulmaqdis tidak boleh diputuskan melalui pengiktirafan satu pihak kerana ia mesti diselesaikan menerusi rundingan pelbagai hala antara Palestin dan Israel di bawah kerangka penyelesaian dua negara.
"Langkah seumpama itu menjejaskan semua usaha ke arah mencari penyelesaian yang komprehensiff, adil lagi berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel. Lebih-lebih lagi, masa depan penyelesaian dua negara itu tergantung dalam konteks ia mudah tergugat," kata Najib ketika berucap pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Al-Quds Al-Sharif (Baitulmaqdis) di sini pada Rabu.
Najib berkata sebarang percubaan untuk mengiktiraf Baitulmaqdis atau sebarang perubahan dalam sempadan sebelum 1967, adalah melanggar hak rakyat Palestin dan hak mereka untuk menentukan masa depan sendiri dan juga perlanggaran serius undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu yang berkaitan, termasuk Resolusi 2334 (2016).
"Pengiktirafan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Israel adalah sama seperti menyemarakkan api peperangan terhadap situasi yang telahpun meruncing. Berbuat demikian juga merestui dasar pendudukan haram dan penindasan Israel, yang menyebabkan penderitaan teruk yang berlarutan kepada rakyat Palestin," kata Najib.
Beliau berkata isu Al-Quds Al-Sharif sentiasa dekat dalam hati rakyat Palestin dalam perjuangan mereka dan keputusan oleh Amerika Syarikat merupakan satu provokasi dan memberi kesan serius terhadap keselamatan rantau tersebut.
"Ia telah membangkitkan sentimen rakyat Palestin dan umat Islam di seluruh dunia. Kita telah menyaksikan keganasan dan pergolakan akibat keputusan itu. Kita telah menyaksikan protes dan demonstrasi membantah keputusan tersebut termasuk di negara saya sendiri. Kita khuatir bahawa situasi ini menunggu masa untuk meledak ketika ketegangan terus memuncak di rantau itu," kata beliau.
Najib berkata, sebagai sebuah organisasi yang mewakili lebih 1.6 bilion umat Islam, OIC tidak boleh bersikap tidak ambil peduli dan ia tidak harus terus membisu dalam menghadapi perkembangan yang tidak adil ini.
"Suara kolektif kita tidak boleh diketepikan dan begitu juga suara-suara dan reaksi bantahan daripada masyarakat antarabangsa," kata beliau.
"Kita mesti bekerjasama sebagai saudara Muslim seagama dan dengan komuniti antarabangsa, untuk memastikan kedudukan Al-Quds Al-Sharif dirundingkan dalam kerangka penyelesaian dua negara. Pada masa yang sama, kita harus berusaha untuk menghalang negara lain daripada mengikuti langkah yang sama mengisytiharkan bandar itu sebagai ibu negara Israel. Keimanan kita menyatukan kita dalam usaha ini dan kita tidak boleh bertolak-ansur dalam usaha secara kolektif untuk berjuang menuntut hak dan keadilan," kata Najib.
Perdana Menteri berkata kebuntuan dalam Proses Perdamaian di Timur Tengah memerlukan penyelesaian pragmatik berdasarkan undang-undang dan norma antarabangsa, dan berharap Amerika Syarikat boleh memberi sumbangan yang bermakna kepada usaha itu.
"Kita perlu mengubah trend negatif dan mewujudkan syarat-syarat bagi rundingan damai, untuk mencerahkan prospek bagi penyelesaian dua negara. Kita harus ingat bahawa Al-Quds Al-Sharif adalah tempat suci bagi umat Islam dan juga tempat penting daripada segi agama untuk agama lain," kata beliau.
Najib berkata tempat-tempat suci ini mengingatkan kita bahawa bandar itu harus menjadi tempat yang aman untuk masyarakat dari agama yang berbeza, boleh berhimpun dan melakukan ibadat masing-masing dan oleh itu, kita harus melakukan segala yang mampu untuk memelihara keamanan di bandar itu dan memastikan akses kepada penganut dari semua agama.
" Kita harus mengingatkan diri kita bahawa kita perlu bersatu dan bersuara melalui satu suara untuk memastikan bahawa sebarang usaha untuk menukarkan kedudukan dan status quo Al-Quds Al-Sharif yang bertentangandengan kehendak rakyat Palestin harus ditolak sepenuhnya," kata beliau.
Sidang kemuncak luar biasa itu bertemakan "Tindakan Bersama dalam Semangat Perpaduan dengan Al-Quds" diadakan atas permintaan PresidenTurki, Recep Tayyip Erdogan atas sifat beliau selaku Pengerusi Sidang Kemuncak Islam Ke-13 berikutan pengumumanoleh Amerika Syarikat pada 6 Dis untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Lutfi Kirdar Congress Center pada Rabu. - fotoBERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Amerika tak mahu lagi jadi 'polis dunia', PM Singapura beri amaran dunia makin bahaya
"Semua orang bimbang kerana kita berada dalam dunia yang jauh lebih berbahaya hari ini," kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ketika beliau merenungkan landskap global yang berkembang.
2 maut pesawat peronda terhempas di Colorado
Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.