Seorang ibu tunggal terpaksa menjadikan bangsal buruk untuk membesarkan lima anaknya selepas kematian suaminya sejak dua tahun lalu.
Dengan hanya berdindingkan kayu reput, zink dan kain, ‘istana’ keluarga itu bukan sahaja serba kedaifan tetapi juga terdedah kepada bahaya binatang berbisa.
Malah, bangsal buruk itu, juga didirikan selepas mereka sekeluarga mengutip sisa bahan buangan selain zink lama merupakan pemberian orang.
Bagi Nurmuhibbah Abdullah, 38 tahun dia pasrah dengan takdir dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anaknya.
“Pada asalnya mereka menumpang di rumah peninggalan orang tua mereka di sebelah bangsal itu tetapi rumah itu hampir menyembah bumi.
“Sebelum ini, kami enam beranak tinggal di sebuah rumah sewa tetapi terpaksa keluar ekoran bebanan hutang yang ditinggalkan suaminya,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di bangsal itu di sini.
Tambah Nurmuhibbah, anak bongsunya berusia tiga tahun terpaksa ditinggalkan di rumah orang tuanya di Pantai Sabak, Kota Bharu memandangkan tiada sesiapa yang menjaga kanak-kanak itu ketika dia bekerja.
Dia yang bekerja di sebuah kedai membuat roti dan kek mendapat upah RM700 sebulan.
“Selain gaji, saya juga mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak serta makan minum seharian.
“Namun jauh di sudut hati, saya mengimpikan sebuah rumah selesa untuk anak-anaknya membesar,” katanya.
Bagi anak sulungnya, Sharifah Natasha Syed Fairuz, 15 tahun, dia turut mengimpikan sebuah kediaman selesa untuk mereka sekeluarga berteduh serta beristirehat seperti orang lain.
“Keadaan ini memang tidak selesa tetapi apa yang boleh dilakukan. Malu jika orang hendak datang,” katanya.
Muhafandi Muhamad
Mon Jan 15 2018
Bangsal ini dijadikan tempat berteduh buat lima beranak sejak dua tahun lalu. - Astro AWANI/Muhafandi Muhamad
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Bangsal buruk 'istana' lima beranak
Seorang ibu tunggal terpaksa menjadikan bangsal buruk untuk membesarkan lima anaknya selepas kematian suaminya sejak dua tahun lalu.