Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung masih belum reda dengan lapan jajahan di Kelantan semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 21,328 pagi ini berbanding 19,186 orang malam tadi.
Di KOTA BHARU, menurut portal banjir kerajaan negeri, kesemua mangsa banjir daripada 6,933 keluarga itu ditempatkan di 84 pusat pemindahan dengan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah terbesar mangsa iaitu 12,008 orang yang ditempatkan di 35 pusat pemindahan berbanding 11,079 orang malam tadi.
Di Tumpat, jumlah mangsa juga terus bertambah kepada 5,229 orang yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan berbanding 3,861 orang sebelum ini.
Pertambahan jumlah mangsa banjir itu berikutan limpahan air Sungai Golok, Rantau Panjang yang kini mencatat bacaan 10.27 meter melepasi paras bahaya 9 meter.
Keadaan cuaca yang mendung disusuli sesekali hujan lebat masih berlaku terutama di kawasan pedalaman negeri ini.
Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai berkurangan kepada 1,928 orang yang ditempatkan di lapan buah pusat berbanding 2,452 orang sebelum ini.
Di Pasir Puteh pula, 619 orang ditempatkan di empat pusat pemindahan, Tanah Merah (619 orang/14 pusat pemindahan), Kota Baharu (336 orang/empat pusat pemindahan) dan Jeli (216 orang/empat pusat pemindahan), menurut portal itu.
Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan dan jumlah yang terkorban akibat banjir gelombang kedua di negeri ini sejak 16 Dis lalu masih kekal empat orang.
Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman mengingatkan penduduk agar mematuhi arahan agar berpindah sekiranya kawasan penempatan mereka mengalami banjir.
Beliau juga turut mengingatkan penduduk terutama kanak-kanak agar tidak bermain banjir bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Bagaimanapun, di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun sedikit apabila 860 orang di beberapa daerah mengambil kesempatan pulang ke rumah masing-masing setelah air di kawasan kediaman mereka surut semalam.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, dengan perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah mangsa yang kini masih berada di 100 pusat pemindahan menurun kepada 6,746 orang berbanding 7,508 malam tadi.
Bagaimanapun, Besut masih lagi merupakan kawasan paling terjejas dengan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,459 daripada 736 keluarga, diikuti Dungun 2,281 orang (608 keluarga) dan Kemaman 1,295 orang (345 keluarga), Hulu Terengganu 429 orang (123 keluarga), Setiu 124 orang (30 keluarga), Kuala Terengganu 118 orang (28 keluarga) dan Marang 40 orang (12 keluarga).
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan keadaan paras air di beberapa batang sungai utama di Terengganu melepasi paras amaran.
Di Besut, paras air di Jambatan Permaisuri mencatat bacaan 8.74 meter, melepasi paras amaran 8.2 meter dan menghampiri paras bahaya 8.8 meter.
Malah paras air Sungai Marang di Kampung Pengkalan Berangan juga meningkat kepada 2.34 meter, melepasi paras amaran 2.3 meter, Sungai Setiu di Kampung Langkap (22.07m) melepasi paras amaran 21.5 meter, Sungai Berang di Kuala Ping (19.90m) melepasi paras amaran 19.3 meter dan menghampiri paras bahaya 20 meter.
Katanya beberapa batang sungai yang lain kini berada dalam tahap waspada dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati memandangkan hujan lebat di kawasan pedalaman.
Bernama
Sun Dec 21 2014
Pertambahan jumlah mangsa banjir itu berikutan limpahan air Sungai Golok, Rantau Panjang yang kini mencatat bacaan 10.27 meter melepasi paras bahaya 9 meter. - Gambar Fail
Trump dahului Harris dalam tinjauan WSJ
Bekas Presiden dari Republikan, Donald Trump, memiliki kelebihan berbanding Naib Presiden Demokrat, Kamala Harris, dalam konteks siapa lebih mampu untuk menguruskan negara melalui peperangan di Ukraine dan Asia Barat, menurut tinjauan pendapat Wall Street Journal (WSJ) di tujuh negeri yang menjadi persaingan.
Bot laju meletup, calon Gabenor Maluku Utara maut
Calon Gabenor bagi Maluku Utara, Indonesia, Benny Laos maut selepas bot laju yang dinaikinya meletup dan terbakar di Pelabuhan Wilayah Bobong, Pulau Taliabu pada Sabtu.
Menurut media tempatan, selain Benny, insiden itu mengorbankan lima lagi ahli rombongan beliau pada Sabtu.
Menurut media tempatan, selain Benny, insiden itu mengorbankan lima lagi ahli rombongan beliau pada Sabtu.
China-Vietnam: Setuju tingkat kerjasama pertahanan, keselamatan
Vietnam dan China bersetuju untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dan keselamatan, pada Sabtu.
Terbuka Artik: Pearly-Thinah terus tampil hebat hampiri gelaran kedua
Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah semakin menghampiri gelaran kedua mereka tahun ini selepas mengesahkan tempat ke final Terbuka Artik 2024 di Vantaa, Finland hari ini.
Pearly-Thinaah terus tampil hebat, hampiri gelaran kedua
Pearly-Thinaah akan menyertai pasangan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam aksi final hari ini.
Banjir: Tiga kampung di Sik dilanda banjir kilat
Hujan lebat lebih dua jam sejak jam 7 malam Sabtu, menyebabkan 20 rumah penduduk di tiga kampung di daerah Sik dilanda banjir kilat sehingga paras satu meter.
Hampir separuh pusat kesihatan utama Lubnan ditutup
Hampir separuh iaitu 100 daripada 207 pusat kesihatan utama di Lubnan ditutup susulan kekejaman dilakukan zionis di negara itu.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhenom Gebreyesus dalam satu hantaran di X pada Sabtu.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhenom Gebreyesus dalam satu hantaran di X pada Sabtu.
Norway cela kekejaman Zionis, seru gencatan senjata
Menteri Luar Norway, Espen Barth Eide mengecam kekejaman dilakukan Zionis di Asia Barat serta pelanggaran undang-undang antarabangsa dilakukan negara haram itu.
Kementeriannya dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, gencatan senjata, pembebasan tebusan, dan bantuan kecemasan yang mencukupi untuk penduduk Gaza adalah langkah awal yang penting bagi meredakan konflik.
Kementeriannya dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, gencatan senjata, pembebasan tebusan, dan bantuan kecemasan yang mencukupi untuk penduduk Gaza adalah langkah awal yang penting bagi meredakan konflik.
Palestin puji Nicaragua putus Hubungan Diplomatik dengan Israel
Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin memuji keputusan Nicaragua memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Israel, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
29 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Tentera Israel menyerang Gaza membunuh sekurang -kurangnya 29 orang rakyat Palestin, pada Sabtu.
Banjir: Mat Sabu jamin bekalan beras negara mencukupi
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan beras di pasaran tempatan adalah mencukupi meskipun banjir melanda Kedah serta Perlis .
Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perlis semakin berkurangan pagi ini, Perak, Johor kekal
Tiga pusat pemindahan baharu telah dibuka di daerah Baling awal pagi tadi yang menempatkan 33 orang daripada 14 keluarga.
Banjir: Jumlah mangsa di Kedah dan Perlis bertambah pagi ini
Jumlah mangsa banjir Kedah cecah 3,655 orang daripada 1,163 keluarga pagi ini berbanding 3,496 orang daripada 1,126 keluarga malam tadi.
Taufan Milton bergerak ke Atlantik selepas melanda Florida
Milton melanda pantai barat Florida pada petang Rabu sebagai Taufan Kategori 3 dengan kelajuan angin sehingga 193 kilometer sejam.
Banjir: Jumlah mangsa di Kedah, Perlis meningkat pagi ini
Di Perlis, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 773 orang daripada 245 keluarga pagi ini, berbanding 696 mangsa daripada 208 keluarga malam tadi.
Monsun Timur Laut: 660 PPS di seluruh Sarawak sedia digunakan - Uggah
Sebanyak 660 PPS di seluruh Sarawak yang boleh menempatkan seramai 160,719 mangsa bencana siap sedia untuk digunakan dan dibuka pada bila-bila masa bagi menghadapi musim MTL.
Banjir: Polis Pahang diletakkan dalam keadaan siap siaga
Lebih 2,000 anggota dan pegawai polis akan terlibat secara khusus dalam penugasan banjir di Pahang pada musim tengkujuh kali ini.
Sistem Pengkreditan Karbon Kebangsaan perkasa usaha mitigasi, perlindungan alam sekitar
Malaysia Forest Fund (MFF) telah berusaha membangunkan Sistem Pengkreditan Karbon Kebangsaan di bawah program Forest Carbon Offset (FCO).
Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perlis meningkat
Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perlis mencatatkan peningkatan, manakala beberapa negeri lain tidak menunjukkan perubahan.
Banjir: 168 orang masih ditempatkan di tiga PPS di Perak
Terdapat dua daerah yang terjejas banjir iaitu Kerian dan Hilir Perak.