Gempar apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dikatakan banjir petang semalam.

Kejadian dilaporkan membabitkan bahagian terminal yang dipenuhi dengan lopak air.

Gambar bahagian terminal yang dibanjiri lopak air itu dimuat naik sendiri oleh Pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menerusi akaun rasmi Twitter miliknya dengan reaksinya: "Banjir di KLIA2, 'hmm.'"

Gambar yang dimuat naik pada Isnin itu telah menerima lebih daripada 800 retweet.


Keadaan di terminal KLIA2 itu turut mendapat kritikan daripada para netizen.

Ada mengatakan, pembinaan lapangan terbang yang penuh dengan kontroversi mungkin menjadi punca kejadian itu berlaku.

Namun, kebanyakan berharap keadaan ini dapat diselesaikan.

Lebih-lebih lagi, sebagai sebuah lapangan terbang, KLIA2 adalah pusat perlancongan dan kredibiliti negara menjadi taruhan jika perkara ini berulang lagi.

Sementara itu, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) melalui akaun twitternya tampil memberi penjelasan mengenai kejadian ini.

Menurut MAHB, lantai basah di skybridge itu disebabkan oleh longkang tersumbat dan ia telah dibaiki.