Mangsa banjir di negeri Melaka kembali meningkat kepada 180 orang melibatkan 47 buah keluarga berbanding 60 mangsa daripada 14 keluarga sehingga lewat malam tadi ekoran hujan lebat yang berterusan lebih enam jam sejak 1 pagi tadi.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Negeri, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, sehingga 1 petang ini, tiga pusat pemindahan baru dibuka iaitu dua di daerah Jasin dan satu di Alor Gajah menjadikan keseluruhan enam pusat pemindahan di negeri ini.
"Sebelum ini pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tehel dan Balairaya Seri Mendapat di Jasin dan Balairaya Kampung Seri Jeram di Alor Gajah kita telah buka sejak Jumaat lalu.
"Tetapi disebabkan hujan yang kembali berterusan sejak 1 pagi tadi kita buka tiga lagi iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum dan Sekolah Kebangsaan Tedong di Jasin dan balairaya Bukit Balai di Alor Gajah," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Enam pusat pemindahan masing- masing menempatkan 65 mangsa di SK Tehel, 14 mangsa di Balairaya Seri Mendapat, enam mangsa di SMK Dang Anum dan 76 mangsa di SK Tedong di daerah Jasin.
Manakala di daerah Alor Gajah, 10 mangsa di balairaya Kampung Seri Jeram dan sembilan mangsa di balairaya Bukit Balai.
Effendy yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri berkata, buat masa ini pihaknya sedang memantau keadaan banjir di beberapa kawasan lain termasuk di daerah Melaka Tengah memandangkan keadaan hujan yang masih berterusan dan dibimbangi boleh menyebabkan banjir kembali di kediaman penduduk.
Dalam pada itu katanya, kesemua mangsa banjir akan ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sehingga keadaan pulih dan keperluan asas termasuk makan minum akan dipantau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Astro Awani
Tue Aug 15 2017

Mangsa banjir di negeri Melaka kembali meningkat kepada 180 orang melibatkan 47 buah keluarga berbanding 60 mangsa daripada 14 keluarga sehingga lewat malam tadi. - Foto Bernama

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Pengawal keselamatan klinik cabul pesakit lelaki dalam tandas direman
Seorang pengawal keselamatan di sebuah klinik direman bagi membantu siasatan selepas disyaki mencabul pesakit lelaki di dalam tandas.

Warga emas dilapor hilang ditemukan lemas di Sungai Pengkalan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menghadapi kesukaran kerana arus sungai deras.

Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk
Muhammad Syairazi yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ajal pulang kerja, pemuda maut dihempap pokok tumbang
Seorang pekerja kilang yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap pokok tumbang di Alor Gajah.

'Al-Fateh tunggu 'mommy' di syurga ya'
Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang berusia lapan bulan meninggal dunia ketika berada dalam jagaan pengasuh di sebuah Taska di Alor Gajah.

Bayi lapan bulan maut, taska tidak berdaftar dengan JKM
Taska di Taman Kelemak Utama yang menjadi lokasi seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dipercayai ditekup dengan bantal disahkan tidak berdaftar dengan JKM.

Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah
PPS di Balai Raya Bukit Balai dibuka pada 11.30 malam tadi, menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Balai dan Kampung Bukit Tambun.

Enam ekor lembu mati dilanggar treler
Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di Alor Gajah pagi tadi.

Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.

Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.