Hujan lebat yang melanda sejak awal pagi Jumaat hari ini menyebabkan beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi mengesahkan bahawa pihaknya menerima panggilan pada jam 8.30 pagi seleum tiga jentera dari Balai Bomba Sungai Pinang, Kota Raja dan Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.
Jelasnya, hujan lebat dalam tempoh yang panjang mengakibatkan sistem perparitan tidak mampu menampung air hujan di kawasan tersebut.
“Jadi kawasan yang tenggelam adalah Taman Rashna, Tugu Keris, Zon Batu Tiga, Parlimen Shah Alam dan Lebuhraya Persekutuan, di mana air naik begitu mendadak sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas kepada pengguna jalan raya.
“Tiada penduduk yang dipindahkan kerana air naik adalah dari kawasan Shah Alam dan Kuala Lumpur turun melalui sungai.
“Pada masa sama, kawasan Klang mengalami air pasang, jadi air tidak dapat dilepaskan untuk keluar ke Sungai Klang,” katanya.
Mengulas lanjut, Samsol berkata pihak bomba kini dalam keadaan bersiap siaga bagi berdepan sebarang kemungkinan.
Setakat ini, katanya air di kawasan-kawasan yang terjejas telah surut dan jalan yang ditenggelami air sudah boleh dilalui.
Samsol dalam pada itu turut menafikan mengenai video yang tular di laman sosial WhatsApp, menegaskan kejadian tersebut bukan berlaku di Klang.
Hasimi Muhamad
Fri Nov 08 2019
Hujan lebat dalam tempoh yang panjang mengakibatkan sistem perparitan tidak mampu menampung air hujan di kawasan tersebut. - Gambar ihsan Bomba Klang
'Kelab kecil dari Johor ini nombor satu di Asia Tenggara' - TMJ
TMJ menjelaskan walaupun daripada rantau Asia tetapi kecanggihan infrastruktur membuktikan pasukannya di landasan kejayaan.
Sektor defensif sebagai pelindung dalam ketidaktentuan pasaran
Dengan ketidaktentuan pasaran global yang berterusan akibat krisis geopolitik dan kabinet Trump yang bakal diumumkan pada bulan hadapan, pasaran saham di Wall Street yang pada paras tertinggi, pelabur menghadapi cabaran yang semakin meningkat untuk mengharungi pasaran.
Banjir: Reda dilanda musibah, gusar situasi memburuk
Wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali membawakan perkembangan terkini dari Kuala Terengganu termasuk kisah peniaga yang perlu mendepani musibah tersebut.
Banjir: Jejas 4 peratus KDNK, pemulihan jadi cabaran utama
Sementara itu, bencana banjir yang melanda negara mampu menjejaskan sehingga empat peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sehubungan itu, Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak menegaskan, proses pemulihan pasca banjir perlu menjadi keutamaan terutama dalam kalangan pemain industri mikro, kecil dan sederhana.
Banjir: Kerugian meningkat 200 peratus dalam tempoh 10 tahun
Kerugian yang ditanggung akibat banjir menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 10 tahun lalu. Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata peningkatan lebih 200 peratus itu merentas pelbagai sektor.
Perangi jenayah siber, Kerajaan MADANI bentang dua rang undang-undang di Parlimen hari ini
Dua rang undang-undang tersebut ialah Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024.
INNOVATHON 2: Ini juara minggu pertama
Apa yang menarik mengenai inovasi Innovathon 2 ialah juara pertamanya Giva Kuppusamy dan Shazaril Adri mengetengahkan mengenai Mono-sex Giant Freshwater Prawn, iaitu inovasi benih udang galah jantan yang dihasilkan sendiri bagi mendapatkan saiz dan populasi udang galah jantan yang lebih besar menggunakan bioteknologi.
Mesir tuan rumah kepada Hamas dalam rundingan gencatan senjata baharu
Lawatan Hamas ke Kaherah adalah yang pertama sejak AS mengumumkan akan memulihkan usaha untuk gencatan senjata di Gaza.
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.
Bantuan banjir: “Mungkin ini yang terbaik mampu saya lakukan” - Khairul Aming
Resah berganda dan tidur Khairul Aming tidak lena memikirkan nasib mangsa-mangsa banjir di bumi kelahirannya, Kelantan Darul Naim.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.
Menteri Luar Poland hormati pendirian Malaysia, kekal sikap neutral dan tidak memihak
Menteri Luar Poland, Radoslaw Sikorski menghormati pendirian Malaysia dan ASEAN yang teguh dengan sikap neutral dan tidak memihak berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.