Banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur semalam adalah disebabkan taburan hujan luar biasa dan sistem perparitan tersumbat akibat kerja-kerja pembinaan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata ada banyak projek pembangunan sedang berjalan dan beliau mengakui agak sukar untuk sentiasa memantau semuanya.
“Banjir itu berlaku kerana perparitan tersumbat, dihalang antaranya disebabkan bahan pembinaan.
“Tapi saya rasa semalam hujan agak luar biasa. Saya tak dapat lagi laporan tapi berdasarkan maklumat saya terima, hujan dua jam lebih.
“Sepatutnya perparitan kita masih boleh tampung kerana rekaannya adalah untuk 100 tahun, semuanya telah dinaik taraf,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
BACA: Lelaki terperangkap di dalam terowong keluar dari tingkap kereta selamatkan diri
Tambah beliau, pihaknya juga akan mengawasi tapak projek dengan lebih teliti dan akan memikirkan cara untuk mendenda kontraktor sekiranya terbukti kerja-kerja mereka menyekat saluran air.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata ada pihak mendakwa disebabkan banyak pembangunan menyebabkan perparitan tersumbat dan berlaku banjir kilat semalam.
“Tapi kita kena selidik dulu. Kita nak tengok apa isu sebenarnya, kalau ia melibatkan pemaju, pembinaan maka KPKT harus semak perundangan dan akta-akta yang perlu disemak.
“Ia untuk kuatkuasakan lagi undang-undang agar pihak terbabit tidak cuai dalam proses buat pembangunan, tidak cuai untuk pastikan program begini tidak berlaku,” ujarnya.
Hujan lebat lebih dua jam yang melanda ibu negara semalam menyebabkan beberapa kawasan dan laluan terjejas akibat banjir kilat.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Azman Mahmood berkata hujan lebat bermula kira-kira 4 petang itu mengakibatkan air bertakung di terowong Smart, di Jalan Tun Razak menghala ke KLCC dan Jalan Loke Yew.
Katanya Jalan Wirawati, Jalan Pudu Ulu, Jalan Pudu Perdana, Jalan Cheras dan Jalan Kepong turut terjejas akibat banjir kilat.
Sinar Harian
Mon Nov 12 2018
Banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur semalam adalah disebabkan taburan hujan luar biasa dan sistem perparitan tersumbat akibat kerja-kerja pembinaan. -Foto ihsan pembaca
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama walaupun jumlah kenderaan meningkat
Trafik di semua lebuh raya bertol melibatkan Lebuhraya Utara Selatan, PLUS E1 dan E2 di Utara, Tengah dan Selatan bergerak lancar dan terkawal.
Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.
Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.
460 pemegang sijil halal di Kelantan, 50 dimiliki bukan Islam
Sebanyak 460 premis perniagaan di negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), termasuk 50 yang dimiliki bukan Islam.
Hubungan India-Malaysia dijangka terus diperkukuh - Pesuruhjaya Tinggi India
India kini muncul sebagai sumber pelancong yang paling pesat berkembang ke Malaysia, dengan ketibaan melebihi satu juta orang.
Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.
Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8.
MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion
UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar.
SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagi memperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.
Banjir kilat di KL, ini puncanya...
Pihaknya juga akan mengawasi tapak projek dengan lebih teliti dan akan memikirkan cara untuk mendenda kontraktor sekiranya terbukti kerja-kerja mereka menyekat saluran air.