Kerajaan akan menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dalam pembangunan projek-projek di ibu negara, khususnya yang membabitkan projek mega, sehingga menyebabkan kejadian banjir kilat baru-baru ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata pihak berkuasa yang berwajib akan diminta menjalankan siasatan itu dan menyediakan laporan lengkap mengenainya bagi membolehkan tindakan susulan diambil.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Bencana Alam berkata pihak yang saling menuding jari dalam permasalahan itu juga akan diminta duduk bersama bagi mencari jalan terbaik untuk menangani isu berkenaan.
"Yang terbaik ialah menyelesaikan masalah rakyat ini dalam jangka segera dan dalam jangka panjang supaya ia tidak berlaku lagi. Tidak sepatutnya banjir kilat berlaku di Kuala Lumpur kerana sistem dan infrastrukturnya cukup baik.
"Mungkin ada permasalahan dari segi pengaliran air hujan berlebihan...saya akan membantu kementerian dan jabatan berkenaan untuk selesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga 2016 Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di Cheras, hari ini.
Turut hadir Timbalan-timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Masir Kujat serta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat penyiasatan susulan tindakan kartunis politik tempatan, Zulkifli Anwar Ulhaque atau Zunar yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui karyanya pada satu pameran di Geneva, Switzerland.
"Dari segi pengendalian, saya serahkan kepada pihak polis...itu pendekatan saya, atau beberapa pihak lain dari segi pelaksanaan penyiasatan dan tindakan undang-undang," katanya yang berpendapat isu itu turut membabitkan aspek moral, akhlak, dan integriti individu berkenaan.
"Mengkritik tidak jadi masalah, tetapi menghina adalah satu perkara lain... saya terima kritikan terutama yang membina sebagai sesuatu yang sihat tetapi menghina adalah sangat berbeza.
"Saya fikir dalam hal ini saya minta supaya Allah buka hati mereka supaya segera bertaubat dan segera untuk menggunakan pendekatan lain kalaupun mahu meraikan perbezaan pendapat," katanya.
Bernama
Sat May 14 2016
AHMAD ZAHID: Pihak berkuasa yang berwajib akan diminta menjalankan siasatan itu dan menyediakan laporan lengkap mengenainya bagi membolehkan tindakan susulan diambil. -Gambar fail
Malaysia dan Timor-Leste jalin kerjasama lebih kukuh dalam pendidikan, pertahanan
Malaysia dan Timor-Leste memperluas kerjasama melalui peningkatan kolaborasi dalam pendidikan, pembinaan kapasiti serta pertahanan.
Kes polis bunuh pelajar: Pemandu Ativa tidak keluar kereta serta-merta selepas perlanggaran - Saksi
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak dilihat tidak serta merta turun selepas perlanggaran berlaku, namun hanya turun selang beberapa saat k
'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.
Kempen pemasaran dilakukan sepenuhnya Unifi Business - Usahawan
Athirah berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan Digital Marketing Solution (DMS) oleh Unifi Business yang membantu kempen pemasaran.
Kes anggota Palapes UiTM meninggal dunia: Polis rakam keterangan 34 individu setakat ini
Polis telah merakam keterangan 34 individu bagi membantu siasatan kes kematian pelajar anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi MARA (UiTM) bulan lepas.
Kempen pemasaran dilakukan sepenuhnya Unifi Business - Usahawan
Athirah berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan Digital Marketing Solution (DMS) oleh Unifi Business yang membantu kempen pemasaran.
Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 110,213 orang setakat 6 petang
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatat penurunan kepada 110,213 orang setakat jam 6 petang ini berbanding 128,952 orang pada 12 tengah hari tadi.
Banjir: KPT beri ruang universiti laksana pembelajaran dalam talian
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Zaini Ujang.
Pasangan kekasih dalang curi kabel antara lima ditahan
Pasangan itu ditahan di sebuah hotel di Sungai Petani, Kedah manakala tiga yang lain ditahan di sekitar kawasan sama.
14 wilayah selatan Thailand ambil langkah waspada hadapi banjir 3-5 Disember
Antara wilayah terlibat adalah Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat, Phang Nga, Phuket, Krabi dan Satun.
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Banjir pulih, PPS Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru ditutup
Penutupan satu-satunya PPS itu dimaklumkan Pegawai Daerah Batang Padang Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori.
Jalan Batang Melaka-Gemencheh ditutup untuk semua kenderaan akibat banjir kilat
Dua laluan di kawasan berkenaan turut dinaiki air disebabkan paras air semakin meningkat setakat 9 malam tadi.