Banjir Lumpur Karak: Empat kenderaan tertimbus di Lebuhraya KLK berjaya dikeluarkan
Empat kenderaan yang tertimbus di kawasan banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada petang Rabu telah berjaya dikeluarkan.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Nov 11 2015
Menurut Morni, pihaknya turut meminta bantuan pasukan Bomba dari Selangor dan Kuala Lumpur untuk memantau keadaan dan trafik sepanjang kerja-kerja pembersihan. - Foto Astro AWANI
Empat kenderaan yang tertimbus di kawasan banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pada petang Rabu telah berjaya dikeluarkan.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, PPJB Morni Mamat ketika memaklumkan perkara itu pada Rabu turut berkata lapan penumpang yang pada awalnya terperangkap dalam kenderaan terbabit juga berjaya diselamatkan.
Tiada sebarang kematian dilaporkan setakat ini katanya.
Sementara itu Morni memaklumkan beliau sendiri terperangkap ketika sedang menuju ke tempat kejadian berikutan ada pengguna yang menggunakan laluan kecemasan.
Tambahnya lagi, pihaknya turut meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat dari Selangor dan Kuala Lumpur untuk memantau keadaan dan trafik sepanjang kerja-kerja pembersihan.