Pemberian Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500 kepada penjawat awam persekutuan dan RM250 kepada pesara kerajaan berpencen disifatkan sebagai tepat pada masanya dalam meringankan beban perbelanjaan terutama dalam situasi penularan wabak COVID-19.
Kalangan penjawat awam dan pesara yang dihubungi menzahirkan rasa bersyukur dengan pemberian itu dan sudah merancang menggunakan bantuan itu sebaik-baiknya.
Di KUANTAN, Mohd Alhamadi Abu Bakar, 53, berkata dia akan menggunakan wang itu untuk membeli bekalan makanan keperluan ahli keluarganya.
"Pemberian bantuan itu pastinya membantu persiapan Aidilfitri saya enam sekeluarga ...saya percaya Aidilfitri kami akan meriah walaupun disambut sederhana kerana kami masih berhati-hati dengan penularan wabak COVID-19," kata penjawat awam itu kepada Bernama.
Abd Razak Hassan, 57, yang merupakan pesara berkata bantuan sebanyak RM250 yang diterimanya akan digunakan untuk persiapan sambutan Aidilfitri, terutamanya bagi membeli bahan makanan dan juadah Hari Raya.
"Saya empat sekeluarga akan berhari raya di Peramu,Kuantan dan dengan bantuan ini, dapatlah mengurangkan beban isteri dan seorang anak saya yang banyak membantu menampung perbelanjaan kami," katanya.
Fairuz Saidi, 34, penjawat awam di Kota Kinabalu, Sabah pula berkata bantuan khas itu akan digunakan untuk membayar bil elektrik kerana beliau tidak melihat keperluan untuk berbelanja besar bersempena Aidilfitri pada tahun ini.
"Bil elektrik meningkat berikutan kerja dari rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas," katanya sambil menzahirkan rasa syukur ketika dihubungi Bernama.
Seorang lagi penjawat awam Zuraidah Ahmad, 40, berkata bantuan khas itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban dalam membuat persiapan Hari Raya, meskipun kemeriahan Syawal pada tahun ini akan berbeza berbanding sebelumnya.
"Bagaimanapun, sambutan Hari Raya untuk keluarga mesti dibuat kerana saya mempunyai keluarga besar. Justeru, bantuan ini sangat membantu," katanya, dan menambah, bantuan khas itu juga antara lain akan digunakan bagi membeli sepasang baju untuk setiap anak saudaranya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sabah Foo Ngee Kee berharap para penjawat awam yang menerima bantuan khas itu membelanjakannya dengan membeli barangan usahawan tempatan bagi membantu memulihkan perniagaan mereka yang terjejas berikutan pelaksanaan PKP.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2020 berkata kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah dan pesara kerajaan berpencen akan menerima bantuan itu yang akan dibayar pada 20 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 11 2020

Kalangan penjawat awam dan pesara yang dihubungi menzahirkan rasa bersyukur dengan pemberian itu dan sudah merancang menggunakan bantuan itu sebaik-baiknya. - Bernama
Agenda AWANI: Usaha damai di selatan Thailand
Bagaimana komitmen Malaysia selaku pengerusi #ASEAN25 untuk mengutamakan usaha mencapai kedamaian di wilayah selatan Thailand? Diskusi 9 malam

Terdapat 14 luka tikaman pada mayat wanita disyaki dibunuh - Polis
Polis menerima laporan lengkap keputusan hasil bedah siasat itu oleh pakar perubatan forensik Hospital Melaka yang dijalankan pada Isnin lepas.

Kadar zakat fitrah di Kelantan ditetapkan RM8 tahun ini
Individu boleh membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan.
Pemukiman Menteri Ekonomi gulung hari pertama
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa mesyuarat pertama pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN dari Desaru, Johor.
UMNO setengah calon miliki ciri 'wali' - Ahmad Zahid
UMNO akan mengetengahkan calon yang memiliki kriteria dan ciri 'WALI' yang boleh menang, diterima dan disenangi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
ASEAN 25: Pemukiman ADMM tumpu kerjasama pertahanan serantau
Mesyuarat Pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) 2025 di Pulau Pinang berlangsung hari ini dengan tumpuan diberikan terhadap kerjasama pertahanan serantau.
Wujud kes hospital swasta caj tinggi pesakit guna GLC - GLC
Kementerian Kewangan mengesahkan, terdapat kes tertentu menunjukkan kos rawatan lebih tinggi dikenakan ke atas pesakit yang menggunakan surat jaminan (GL), berbanding pesakit membayar dahulu dan membuat tuntutan kemudian (pay-and-claim).
Jasad hud Aryan ditemukan tujuh kilometer dari rumah
Mayat terbabit ditemukan selepas 45 jam kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang dengan lokasi penemuan kira-kira tujuh kilometer dari rumah keluarga mangsa.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
Agenda AWANI: Tingkat kerjasama Malaysia-Vietnam
Sejauh mana lawatan kerja rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam (25-26 Feb) bukan hanya dapat meningkatkan hubungan kerjasama Malaysia-Vietnam, bahkan juga perkukuh kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025? Diskusi 8.30 malam

Guru pondok, madrasah Pahang terima bantuan khas RM1,000 seorang
Pengagihan bantuan itu bermula Khamis lalu dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang penghujung Januari ini.

Kakitangan awam negeri Kedah terima bantuan khas RM400
Kerajaan negeri Kedah hari ini memutuskan untuk memberi bantuan khas RM400 kepada kakitangan awam negeri itu yang akan dibayar pada 14 Sept ini.

RM2.5 juta Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 disalurkan - KKM
Permohonan tersebut diluluskan Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin.

Bayaran khas Aidilfitri kepada pegawai MKK, masjid dilewatkan kepada 17 Mei
Bantuan khas Aidilfitri kepada pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta pegawai masjid di Kedah yang sepatutnya dibayar pada 18 April lepas terpaksa dilewatkan kepada 17 Mei depan.

Kedah umum bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai MKK, masjid
Kerajaan Kedah mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 3,924 penerima terdiri daripada pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta pegawai masjid di negeri ini.

Penjawat awam Pulau Pinang terima 'duit raya' 17 April ini
Seramai 7,078 penjawat awam Pulau Pinang bakal menerima BKK sebanyak 0.75 bulan gaji atau minimum RM1,500.

LPP kenal pasti senarai pesawah layak dapat Bantuan Khas Bernas
Penyaluran peruntukan khas itu dilaksanakan secara berperingkat di tiga negeri Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Perlis lulus bantuan khas RM700 kepada kakitangan awam
Kerajaan Perlis bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri gred 54 dan ke bawah.

Penjawat awam Melaka terima dua bantuan khas kewangan - Ketua Menteri
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan pemberian dua bantuan khas kewangan kepada kumpulan penjawat awam di negeri itu.

Kedah sedia bantuan khas berjumlah RM5 juta
Kerajaan negeri akan menyediakan bantuan khas berjumlah RM5 juta dalam usaha membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dimaklumkan hari ini.