Seorang bapa yang kematian anak lelakinya di sebuah hospital swasta dua tahun lepas merayu pihak berkaitan termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam agar campur tangan bagi merungkai punca sebenar kematian anaknya.
Mohd Nazri Mohamad Yusof, 40, berkata ia berikutan tiada pihak yang tampil bagi membantu menyelesaikan perkara itu menyebabkan beliau gagal mendapatkan surat kematian anaknya daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Dalam tempoh dua tahun sejak kematian Wan Naufal Afeef, pihak saya telah membuat aduan termasuk menghantar surat kepada pelbagai agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) bagi membantu saya mencari jawapan punca kematian anak saya.
"Namun sehingga hari ini semua pihak berdiam diri... surat yang dihantar juga tidak mendapat sebarang respons dan disebabkan itu saya juga tidak boleh mendapatkan surat perakuan kematian anak bongsu saya itu daripada pihak JPN," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Wan Naufal Afeef dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini pada 9 Julai 2016 kerana demam dan meninggal dunia enam hari kemudian dengan sebab kematian dinyatakan sebagai 'tidak diketahui'.
Mohd Nazri berkata apa yang lebih menyedihkan, laporan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 15 Julai 2016, turut menunjukkan punca kematian Wan Naufal sebagai tidak dapat dipastikan.
"Setiap perkara yang berlaku mesti ada penerangan dan setiap kematian pasti ada penyebabnya. Bantulah kami untuk merungkai persoalan punca kematian Wan Naufal Afeef yang sehingga hari ini membuatkan kami tertanya-tanya.
"Sudah dua tahun kami berusaha dan memohon bantuan semua pihak namun sehingga hari ini ia masih menjadi persoalan yang tidak terjawab," tambahnya.
BACA: Dua tahun cuba rungkai persoalan punca kematian anak
Menurut penguasa marin itu, mereka sekeluarga hanya mahu mengetahui punca kematian Wan Naufal Afeef kerana sepanjang hayatnya, anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak pernah mempunyai masalah kesihatan lain.
Sementara itu, isteri Mohd Nazri, Sharifah Nailul Muna Syed Mohamed Kamil, 39, mendakwa Wan Naufal Afeef disahkan meninggal dunia selepas pihak hospital tersebut memberi anaknya ubat antibiotik melalui titisan intravena.
Susulan itu, Sharifah Nailul Muna berkata beliau dan suami kini sedang menunggu inkuiri yang akan dijalankan MMC pada 5 April depan sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil bagi menuntut keadilan ke atas kematian anaknya itu. -- Bernama
Bernama
Tue Mar 13 2018
Mohd Nazri menunjukkan laporan bedah siasat dan surat pemberitahuan kematian anak bongsunya, Wan Naufal Afeef, 11 bulan, yang kematiannya diklasifikasi sebagai 'tidak diketahui' oleh sebuah hospital swasta pada 2016. - BERNAMA
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.