Bapa kepada murid 11 tahun yang terlibat dalam kes Cikgu Azizan atau Azizan Manap, tidak muncul bagi memberikan kenyataan media hari ini.
Lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu yang dihubungi wartawan malam semalam, berjanji untuk menjelaskan keadaan sebenar namun tidak muncul seperti yang dijanjikan.
Dia berjanji untuk mengadakan sidang media di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak, Nilai jam 10 pagi namun kelibatnya tidak kelihatan.
Seramai 21 wartawan, jurugambar dan jurukamera menunggunya selama lima jam seawal jam 8.30 pagi, sebelum beredar.
Pelbagai usaha dilakukan termasuk, menghubungi dan mengirimkan mesej melalui aplikasi WhatsApp namun tidak dibalas.
Pada jam 12.30 tengah hari hanya satu panggilan dijawab lelaki itu dan memberitahu mahu berjumpa namun bayangnya tidak kelihatan.
Sementara itu, di Seremban, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mengulas kes Cikgu Azizan berkata, ibu bapa dan guru harus saling memahami bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar.
"Memang betul guru mahu mendidik anak murid, tetapi apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan dalam proses mendidik itu mesti ada garis panduannya.
"Begitu juga dengan ibu bapa, memang betul ibu bapa sayangkan anak-anak mereka tetapi kasihkan anak tangan-tangankan. Maka ibu bapa kena faham sementara guru pula tidak boleh melampaui batas.
"Kerana itulah persefahaman antara ibu bapa dan guru serta masyarakat sendiri sangat penting agar apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan, masing-masing akan faham," katanya.
Mohamad turut menzahirkan rasa kesal atas apa yang berlaku (kes Cikgu Azizan) dan menyifatkan sekiranya kes itu tidak ditarik balik Jabatan Peguam Negara, maka satu sejarah hitam akan terlakar apabila guru yang berperanan mendidik anak bangsa didakwa dan dihukum.
Semalam, Mahkamah Majistret Seremban membebas tanpa melepaskan Cikgu Azizan yang merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman Semarak di sini, daripada pertuduhan mencederakan muridnya, Oktober lalu.
Majistret Mohd Zaki Abd Rahman, membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pihak pendakwaan menerima arahan Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan.
Cikgu Azizan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun di hadapan tapak perhimpunan sekolah terbabit pada jam 7 pagi, 6 April lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2017

Seramai 21 wartawan, jurugambar dan jurukamera menunggu selama lima jam seawal jam 8.30 pagi, sebelum beredar
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Cikgu Azizan ikut arahan JPN jika perlu pindah sekolah
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Taman Semarak, Azizan Manap memaklumkan bahawa dia menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk membuat keputusan, sama ada akan kekal atau sebaliknya.

Bapa murid kes Cikgu Azizan tidak muncul
Seramai 21 wartawan, jurugambar dan jurukamera menunggu bapa kepada murid yang terlibat dalam kes Cikgu Azizan selama lima jam seawal jam 8.30 pagi, sebelum beredar

Kes tampar murid: 'Tindakan Cikgu Azizan untuk membentuk anak bangsa cemerlang' - Netizen
Selepas dilepaskan tanpa dibebaskan, tindakan Cikgu Azizan terus mendapat sokongan dari netizen.