Tiga lelaki, termasuk bapa saudara kepada seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang ditemui mati di Krubong, Melaka, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas tuduhan membunuh remaja terbabit.
Sewaktu kejadian, mangsa, M Arunasalam, dikatakan di bawa ke bengkel berkenaan sebelum dipukul tiga lelaki terbabit kerana dituduh mencuri wang milik datuknya.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh iaitu J Visvanathan, 32 tahun, K Shanmuganathan, 35 tahun, dan N Thiagu, 38 tahun sejurus pertuduhan dibaca dalam Bahasa Tamil oleh Jurubahasa di hadapan Majistret Norina Maludin.
Ketiga-tiga lelaki itu didakwa bersama-sama melakukan perbuatan menyebabkan kematian terhadap Arunasalam, di sebuah bengkel membaiki lori di Kawasan Perindustrian Krubong, Melaka, sekitar 5 petang hingga 8 malam, pada 4 Dis lalu.
Kesemua tertuduh, yang merupakan pemandu lori, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Muhammad Azri Zakaria manakala hanya Shanmuganathan diwakili oleh peguam A Mathan.
Majistret Norina tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia lengkap.
Pada 15 Dis lepas, satu klip video yang tular di laman sosial, memaparkan beberapa individu memukul Arunasalam yang dalam keadaan tidak berbaju, menggunakan getah paip.
Mangsa, yang berasal dari Tangkak, Johor itu, dipercayai dibawa oleh suspek, termasuk bapa saudaranya yang berusia 32 tahun, ke sebuah bengkel sebelum dipukul.
Dua individu kemudian mendakwa menemui Arunasalam dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah stesen bas, dan kemudian menghantarnya ke Hospital Melaka.
Remaja itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas 30 minit diberi bantuan pernafasan oleh pegawai perubatan yang bertugas.
Raffi Bachik
Tue Dec 19 2017
Tiga lelaki, termasuk bapa saudara, didakwa menyebabkan kematian seorang remaja berusia 16 tahun di Melaka. - foto AstroAWANI
Kertas siasatan pensyarah didakwa hina Nabi dirujuk ke AGC Selasa ini - KPN
Kertas siasatan berhubung kes seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi etika berceramah baru-baru ini, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada Selasa.
Kelayakan Piala Asia 2027: Tugas besar Pau Marti bawa Harimau Malaya lolos secara merit
Hanya tinggal enam slot bagi pasukan yang bertanding di pusingan ketiga untuk melayakkan diri secara merit dalam Kelayakan Piala Asia 2027.
Banjir: Jumlah mangsa tidak banyak berubah di 8 negeri terjejas setakat jam 6 petang
Jumlah PPS yang dibuka juga berkurangan sebanyak 11 buah daripada 710 kepada 699.
Fokus Minggu Depan: Disebalik cabaran, ada suka, ada duka
Pasangan pengantin baru di Kedah, sanggup mengharung banjir untuk melangsungkan pernikahan tetapi terpaksa membatalkan majlis perkahwinan.
BSN sambut 50 tahun dengan komuniti menerusi BSN Care 50 Hari Memberi
Bank Simpanan Nasional (BSN) menyambut ulang tahun ke-50 dengan pendekatan bermakna melalui inisiatif "BSN Care 50 Hari Memberi" yang menampilkan lebih 50 program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di seluruh negara.
CIMB peruntuk RM2.5 juta tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank menawarkan kemudahan kepada pelanggan untuk permohonan Pelan Bantuan Banjir.
Bantuan RM1,000 kepada KIR sudah mula diagihkan
Bantuan wang ihsan sebanyak satu ribu ringgit telah diagihkan setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas di seluruh negara bermula semalam.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bayaran itu akan disalurkan secara berfasa kepada setiap KIR yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara mengikut syarat ditentukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bayaran itu akan disalurkan secara berfasa kepada setiap KIR yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara mengikut syarat ditentukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Pengantin naik sampan teruskan pernikahan, batal majlis
Pasangan pengantin sanggup menaiki bot untuk meneruskan akad nikah tetapi terpaksa membatalkan kenduri akibat banjir di luar jangka.
Pemilik pusat jagaan bersama 140 kucing terperangkap
Banjir di Kelantan bukan sekadar meresahkan penduduk, malah si bulus juga terkesan apabila 140 ekor kucing di Pusat Rawatan Molly Cat Castle, Pasir Mas, terperangkap.
Pemilik pusat penjagaan haiwan itu, Nur Emillia Samsuddin merayu bantuan segera disalurkan bukan hanya kepada mereka, tetapi kepada ratusan kucing yang hampir terputus bekalan makanan.
Pemilik pusat penjagaan haiwan itu, Nur Emillia Samsuddin merayu bantuan segera disalurkan bukan hanya kepada mereka, tetapi kepada ratusan kucing yang hampir terputus bekalan makanan.
30 jalan raya di Kelantan ditutup
30 jalan raya di Kelantan ditutup sementara, berikutan jalan raya dilimpahi air akibat banjir.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.
Menteri Luar Poland hormati pendirian Malaysia, kekal sikap neutral dan tidak memihak
Menteri Luar Poland, Radoslaw Sikorski menghormati pendirian Malaysia dan ASEAN yang teguh dengan sikap neutral dan tidak memihak berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Julai 2024.