Selepas hampir 21 tahun dihentikan, perkhidmatan bas mini akan membuat kemunculan semula di ibu negara mulai bulan depan.
Rapid KL akan mengadakan perkhidmatan bas mini percubaan dari hab Bukit Indah ke Ampang Point, menerusi Jalan Rasmi dari 1 September hingga 29 November.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Muhammad Yazurin Sallij berkata, bas mini itu yang boleh membawa 31 penumpang di dalam setiap bas, akan beroperasi dengan kekerapan 15 minit (waktu puncak) dan 25 minit (luar waktu puncak) dari 5.30 pagi hingga 11.40 malam.
"Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Rapid Bus untuk memberi perkhidmatan lebih baik dan kerap kepada penumpang kami," katanya dalam kenyataan hari ini.
Perkhidmatan percubaan itu akan membolehkan Rapid Bus menguji kesesuaian penggunaan bas mini di kawasan kejiranan dengan jalan yang sempit selain mendapatkan gambaran sebenar pengalaman perjalanan penumpang menerusi maklum balas yang diterima.
Bas mini merupakan pemandangan biasa di ibu negara dari 1970-an hingga 1990-an dan bas yang sentiasa sesak dengan penumpang itu dianggap sebagai pengangkutan awam paling murah pada masa itu.
Diperkenalkan pada 1975, perkhidmatan itu ditamatkan pada 1998 selepas pihak berkuasa menggabungkan perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negara.
"Jika ada permintaan yang menggalakkan semasa perkhidmatan percubaan ini, kami akan menimbangkan untuk mengekalkan perkhidmatan bagi laluan ini dan berkemungkinan memperluaskannya ke laluan lain pula," kata Muhammad Yazurin.
Para penumpang dialu-alukan untuk memberi maklum balas semasa perkhidmatan percubaan itu dengan menghubungi Rapid KL Helpline di talian 03-7885 2585 atau menghantar e-mel kepada [email protected]. - BERNAMA
Bernama
Wed Aug 28 2019

Perkhidmatan bas mini percubaan akan diperkenalkan dari hab Bukit Indah ke Ampang Point, menerusi Jalan Rasmi dari 1 September hingga 29 November ini. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

11 maut nahas babit kereta api, bas mini di Jawa Timur
Nahas berlaku ketika bas mini itu melintasi persimpangan kereta api tanpa penghadang.

12 maut bas rempuh lori kontena
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, manakala 23 lagi cedera selepas sebuah bas mini merempuh lori kontena di Maharashtra, barat India pada Ahad, lapor Xinhua.

24 penumpang maut bas jatuh gaung
Bas berkenaan sedang membawa penumpang ke sebuah pasar sebelum ia hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung.

17 maut dalam nahas jalan raya di Tanzania
Nahas berlaku di Mombo, 284 kilometer utara bandar komersial Dar es Salaam.

20 terbunuh di Mesir, bas mini terjatuh dalam terusan
Kementerian Kesihatan berkata 18 ambulans dihantar ke tempat kejadian untuk mencari mangsa yang terselamat.

7 maut dalam nahas bas mini bawa pesakit warga emas
Nahas berlaku di lebuh raya berhampiran bandar Marechal Candido Rondon, 163 kilometer dari bandar Foz do Iguazu.

Dua maut, seorang parah dilanggar ketika tukar tayar bas mini
Mangsa yang maut merupakan pemandu bas mini dan konduktornya manakala seorang lagi rakan mereka cedera parah.

Pemandu bas positif COVID-19, operasi bas henti-henti dan bas mini dihentikan
Terdapat beberapa lagi pemandu bas disyaki positif selepas satu saringan diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan, pada pagi Isnin.

Semua pemandu bas mini di Sandakan dikehendaki jalani saringan COVID-19
Pemandu bas mini di Sandakan dikehendaki menjalani saringan COVID-19 di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini pada Isnin.

Tinggal 'beg' bawah kerusi, 12 maut bas mini meletup
Letupan berlaku ketika bas tersebut melalui sebuah pos pemeriksaan tentera Iraq, kira-kira 10 kilometer di selatan Karbala, menuju ke arah bandar al-Hilla.