Malindo Air akan berbincang dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk mengkaji prosedur keselamatan dan melaksanakan strategi bagi mengelak insiden bateri rokok elektronik terbakar dalam pesawat semasa dalam penerbangan.
Malindo Air dalam kenyataan pada Isnin mengesahkan bateri rokok elektronik dalam penerbangan OD1003 terbakar semasa dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Sabtu lepas.
Menurut syarikat penerbangan itu berdasarkan laporan anak kapal, insiden itu berlaku pada 6.02 petang semasa pesawat berada pada ketinggian 35,000 kaki dan di pertengahan laluan antara Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.
"Apabila dimaklumkan mengenai insiden itu, anak kapal kabin mengambil tindakan segera kerana mereka dilatih untuk menangani situasi sedemikian.
"Dalam masa beberapa minit, keadaan dapat dikawal dan pesawat meneruskan penerbangan serta mendarat dengan selamat di Kuala Lumpur pada 7.27 malam," kata kenyataan itu.
Anak kapal kabin dan seorang doktor dalam pesawat memberi rawatan kecemasan kepada penumpang yang cedera di tangannya, dan selepas pesawat mendarat, penumpang itu dibawa ke pusat perubatan klia2 untuk rawatan lanjut.
Syarikat penerbangan itu berkata polis klia2 dimaklumkan mengenai insiden itu sebelum pesawat mendarat dan bersama-sama kakitangan Keselamatan Penerbangan Malindo Air (AvSec), mereka menemu bual penumpang berkenaan sebelum laporan polis dibuat oleh Malindo Air.
Malindo Air turut mengingatkan para penumpangnya supaya tidak membawa bateri ganti dalam pesawat, tidak menyambung mana-mana peranti elektronik mudah alih dengan sumber kuasa semasa dalam penerbangan dan tidak meninggalkan sebarang peranti elektronik mudah alih tanpa penjagaan.
Bernama
Mon Oct 26 2015
Malindo Air dalam kenyataan pada Isnin mengesahkan bateri rokok elektronik dalam penerbangan OD1003 terbakar semasa dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Sabtu lepas.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Kaji tambahan bilangan kerusi Parlimen di Sabah - Hajiji
Sabah perlu mempertimbang beberapa faktor berkaitan pemilihan kerusi Parlimen bagi memenuhi kuota 35 peratus atau satu pertiga daripada keseluruhan bilangan kerusi di negeri itu.
SPRM kaji dokumen kes pencerobohan tanah ladang durian di Raub
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata dokumen yang diperolehi pegawainya itu datang daripada Pejabat Daerah dan Tanah Raub, Pejabat Hutan Daerah Raub dan Pejabat Renjer Raub.
Penjualan air terawat ke Pulau Pinang masih belum diputuskan - Exco Perak
Isu penjualan air antara Pulau Pinang dan Perak belum dapat diselesaikan kerana Pulau Pinang mahu membeli air mentah manakala kerajaan Perak hanya akan menjual air terawat
Perlis kaji haramkan penggunaan polistirena
Buat masa ini, kerajaan negeri telah menjalankan kempen larangan penggunaan beg plastik dan polistirena pada setiap hari Sabtu sebagai langkah permulaan.
Sabah kaji kenakan cukai jualan 5 peratus ke atas produk petroleum
Ketua Menteri Sabah berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut jika langkah itu mampu meningkatkan hasil kerajaan negeri.
Kerajaan akan kaji setiap kes tahanan melibatkan SOSMA
Kerajaan akan mengkaji setiap kes yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk dibebaskan.
Waktu kerja fleksibel untuk wanita perlu dilaksanakan - TPM Wan Azizah
Beliau berkata ia bagi mengoptimumkan peranan dan sumbangan wanita dalam sektor pekerjaan di samping terus komited menyeimbangkan tanggungjawab mereka sebagai seorang isteri dan ibu.
80 ikan lumba-lumba mati secara misteri
Pecinta Alam Sekitar di Brazil bingung apabila lebih 80 ikan lumba-lumba mati tanpa diketahui puncanya
Bateri rokok elektronik terbakar: Malindo Air kaji prosedur keselamatan
Malindo Air akan berbincang dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk mengkaji prosedur bagi mengelak berulangnya insiden bateri rokok elektronik terbakar dalam pesawat.
Kaji cadangan kawal selia internet - Khairy
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu kajian diadakan berhubung cadangan mengawal selia internet dan media sosial.