Kerajaan Pahang akur dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita keseluruhan simpanan bauksit di sini yang berjumlah lebih 10 juta tan.
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata SPRM sudah pasti mempunyai sebab yang kukuh sebelum mengambil tindakan yang difikirkan sesuai untuk menyelesaikan masalah berkaitan perlombongan bauksit haram di negeri ini.
"Sejak moratorium dilaksanakan, kawalan bukan lagi di bawah saya atau kerajaan negeri. Semuanya di bawah kerajaan persekutuan iaitu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar... biar mereka yang uruskan.
"Tapi saya percaya SPRM ada sebab-sebab dan alasan yang kukuh. Mereka telah dapatkan maklumat dan sudah tentukan bahawa hanya ini sahaja caranya dan kita kena akur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jentera Pilihan Raya Pemuda UMNO Pahang di sini, hari ini.
Adnan berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki semalam, bahawa mereka akan menyita stok bauksit bagi menghalang bahan itu dibawa keluar bagi apa juga tujuan.
Sejak awal minggu lalu, SPRM kembali aktif dalam penyiasatan berkaitan perlombongan bauksit termasuk melancarkan operasi khas, selepas mendapati aktiviti itu masih berjalan di Bukit Goh dan Bukit Sagu di sini walaupun moratorium telah dilaksanakan sejak 15 Jan 2016 dan hanya akan tamat pada 31 Dis depan.
Selain itu, Adnan juga mahu supaya insiden 10 kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang ditahan SPRM dalam siasatan rasuah berkaitan perlombongan bauksit haram tidak dikaitkan dengan jabatan itu tidak menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
"IBR masih baharu dan kita (kerajaan negeri) juga baru tandatangani. Kita tak boleh salahkan sesiapa dalam hal ini. Saya harap bila kerajaan negeri dah tandatangani (IBR), agensi lain akan ikut. Tapi jangan kita kaitkan PTG tak tandatangani IBR dengan siasatan SPRM," katanya.
Pada 3 Ogos lalu, Pengarah SPRM Pahang Datuk Alias Salim mengesahkan bahawa PTG Pahang masih belum menandatangi IBR, dan kenyataan itu dikeluarkan semasa sembilan kakitangan agensi tersebut ditahan kerana disyaki menerima rasuah untuk melindungi pelombong bauksit haram.
Mengulas permintaan Pemuda UMNO Pahang supaya permohonan membeli rumah ditambah baik bagi memudahkan golongan muda memiliki kediaman sendiri, Adnan berkata kerajaan persekutuan telah mengambil inisiatif menerusi konsep sewa beli yang dilaksanakan di beberapa tempat.
Bagaimanapun, beliau berpendapat konsep itu boleh diperluaskan lagi termasuk di Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, tertakluk kepada persetujuan daripada kerajaan persekutuan.
"Jika kerajaan persekutuan setuju dengan konsep ini, kerajaan Pahang sedia untuk mengikut kerana isu pembelian rumah melibatkan pinjaman bank dan institusi kewangan ini di bawah kerajaan persekutuan.
"Tapi jika ia boleh dilaksanakan, lebih ramai golongan muda dapat membeli rumah kerana di Pahang ada 37,000 PR1MA Pahang yang berharga RM150,000 telah siap untuk dibeli, namun ada golongan ini yang hadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman bank," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2017

ADNAN: Sejak moratorium dilaksanakan, kawalan bukan lagi di bawah saya atau kerajaan negeri.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

PRK: Adnan Yaakob sangkal dakwaan Pelangai tidak membangun
Bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob menyangkal dakwaan Barisan Nasional (BN) gagal membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

"UMNO pun dah nak bungkus" - Adnan Yaakob
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu disifatkan sebagai petanda parti itu akan mengalami lebih banyak kekalahan selepas ini.

Adnan Yaakob terima ijazah undang-undang pada usia 72 tahun
Minat mendalam terhadap ilmu menjadi pendorong kepada bekas Menteri Besar Pahang ke-14 Tan Sri Adnan Yaakob untuk menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-Undang pada usia 72 tahun.

36 tahun bergelar wakil rakyat, Adnan Yaakob umum bersara
Setelah 36 tahun menabur bakti kepada rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mengumumkan persaraannya, hari ini.

UMNO jangan sombong, bongkak dan angkuh - Perwakilan Wanita
Kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai bukan jaminan mutlak parti itu sudah diterima rakyat sepenuhnya.

Bumi Pahang 'menangis' sambut kepulangan Sultan Ahmad Shah
Sejak petang, cuaca mendung sebelum gerimis membasahi ruang udara Pangkalan Udara Kuantan, semasa pesawat khas yang membawa jenazah almarhum dari Pangkalan Udara TUDM Subang mendarat pada 7.25 petang.

Penyata kewangan Pahang dipinda, hutang tidak setinggi RM3.17 bilion - Adnan
Bekas menteri besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa bahawa penyata kewangan kerajaan negeri Pahang telah dipinda oleh pihak tertentu.

Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif
Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat dan pemimpin di Pahang kerana mendoakan kesejahteraan serta kesihatan ayahanda baginda.

Penstrukturan semula PAIP kurangkan beban hutang negeri Pahang
Penstrukturan PAIP akan membolehkan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan dihapuskan dengan statusnya ditukar kepada geran atau peruntukan.

Hutang RM3 bil bukan sebab ketidakcekapan atau berjoli - Adnan Yaakob
Beliau berkata jumlah hutang itu dihimpunkan daripada pentadbiran menteri besar terdahulu dan tidak mudah untuk dijelaskan kerana kerajaan negeri mempunyai hasil yang terhad.