Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memanggil enam lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang bagi membantu siasatan rasuah melibatkan perlombongan bauksit.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata enam suspek itu, termasuk seorang wanita, berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun, diarahkan hadir ke pejabat SPRM di sini pagi ini.
"Bagaimanapun mereka dilepaskan selepas memberi keterangan dan pemeriksaan dilakukan di rumah dan pejabat masing-masing," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Azam berkata ada antara mereka disyaki terlibat menjual dokumen pemindahan bijih mineral atau Borang 13D secara haram kepada pelombong tidak berlesen.
Borang itu yang disebut sebagai docket oleh penduduk setempat, dikeluarkan PTG dengan bayaran RM1, namun siasatan SPRM mendapati borang berkenaan dijual pada harga antara RM150 dan RM200 setiap satu.
Setakat ini, SPRM telah menahan tujuh individu, termasuk seorang pegawai kanan dan tiga pegawai PTG kerana disyaki menerima rasuah daripada pengusaha lombong bauksit haram.
Tiga lagi yang ditahan adalah orang awam, termasuk seorang wanita yang dipercayai berperanan sebagai orang tengah dalam penjualan Borang 13D, yang perlu disimpan pemandu lori semasa proses pengangkutan bahan mineral itu.
Bernama
Sun Jan 10 2016

Setakat ini, SPRM telah menahan tujuh individu, termasuk seorang pegawai kanan dan tiga pegawai PTG kerana disyaki menerima rasuah daripada pengusaha lombong bauksit haram. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki
Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Op Sky: SPRM akan panggil 5 hingga 10 lagi saksi, siasatan lengkap sebulan lagi
Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan dalam Op Sky dijangka selesai dalam tempoh sebulan.

Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki
Azam berkata kawalan secara telus dan berintegriti itu perlu memandangkan politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki
SPRM akan beradaptasi dengan teknologi baharu termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh usaha membanteras rasuah di negara ini selaras dengan iltizam kerajaan.

Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Op Sky: Tiga pegawai bank dipecat, direhatkan lulus pinjaman tanpa prosedur - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yakin individu yang terlibat dalam kes Op Sky akan dibawa ke muka pengadilan selewat-lewatnya pada Mac ini.

Siasatan kes 18 ADUN Sabah akan diselesai segera, perlu saksi sesuai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memerlukan saksi yang sesuai bagi memastikan dakwaan itu kukuh.

Op Sky: 18 individu lagi akan dipanggil - Azam Baki
Seramai 18 individu akan dipanggil SPRM dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman.