Seorang bayi 11 bulan maut dipercayai tersedak susu di sebuah taska di Kedah.
Kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari pada Khamis.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Ridzuan Salleh, bayi itu dihantar oleh ibunya ke taska pada sebelah pagi dalam keadaan sihat.
Namun sekitar jam 12 tengahari, pengasuh taska berkenaan menyedari bayi itu tidak sedarkan diri lalu menghantarnya ke Klinik Kesihatan Jalan Putra untuk mendapatkan rawatan.
Setibanya di klinik, mangsa kemudian sedar dan diberi susu sebelum dibawa pulang ke taska.
Bagaimanapun, bayi itu sekali lagi tidak sedarkan diri sebaik tiba di taska.
Pengasuh taska kemudian menghubungi ibu mangsa sebelum membawa semula bayi tersebut ke klinik sama.
Mohd Ridzuan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di klinik berkenaan sebelum mayatnya dihantar ke jabatan forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.
Katanya, bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat tersedak susu.
Setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada ibu mangsa serta pengasuh taska terbabit untuk membantu siasatan.
Siasatan juga mendapati taska itu mempunyai lesen sah.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Oct 24 2019
Bayi itu disahkan meninggal dunia di klinik. - Gambar fail
Aktiviti riadah, sukan air daerah Kampar dihentikan
Keputusan itu dibuat susulan daripada kejadian kepala air di laluan Sungai Kampar dan Sungai Jahang sehingga meragut tiga kematian.
MOTAC akan bincang langkah keselamatan bas persiaran bersama MOT - Tiong
Tiong berkata, beberapa kemalangan jalan raya melibatkan bas persiaran memberi kesan negatif kepada sektor pelancongan.
Festival Makanan Malaysia 2024 tawar hidangan pelbagai rasa, diplomasi budaya ke Brunei
Festival Makanan bertujuan untuk mempromosikan masakan Malaysia kepada masyarakat Brunei dan mengukuhkan diplomasi budaya.
APEC 2024: Eduardo kini pengganti Tan Sri Rebecca
Pedrosa, dari Filipina, mempunyai pengalaman luas melibatkan pihak berkepentingan dalam organisasi antarabangsa.
Sistem hebahan amaran awal banjir menerusi SMS diwujudkan - NADMA
Sistem hebahan diwujudkan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan syarikat telekomunikasi antaranya CelcomDigi, Maxis dan UMobile.
Aplikasi Sistem InfoBencana JKM 3.0 mudahkan pendaftaran PPS
Aplikasi kendalian JKM itu telah dinaik taraf, membolehkan urusan pendaftaran mangsa banjir di PPS dilakukan.
Azerbaijan belanja US$12 bilion untuk kerja pembinaan semula wilayah yang dibebaskan
Kerja-kerja pembinaan semula termasuk membina semula bandar dan kampung, jalan raya, jambatan, serta memulihkan monumen yang musnah.
Protokol kawalan cuaca langkah awal hadapi musim kemarau - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan protokol kawalan cuaca kering sebagai persediaan kemungkinan bermulanya musim kemarau awal tahun hadapan.
JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan
168 kes kemalangan termasuk 97 maut, 32 parah dan 39 ringan bagi kenderaan perdagangan, manakala 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Tumpuan Sabtu – 16 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bayi perempuan 11 bulan maut terjatuh dari tingkat 3
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga Projek Perumahan Rakyat Sri Aman di sini pada Ahad.
Bayi 11 bulan maut tersedak susu di taska
Seorang bayi 11 bulan maut dipercayai tersedak susu di sebuah taska di Kedah.