Bayi malang berusia 16 bulan yang koma akibat didera ibu kandungnya di rumah mereka di Paya Lahar Kepah, Kepala Batas, Rabu lalu disahkan meninggal dunia.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor yang memberitahu, mangsa Kong Chaw Wan meninggal dunia pada jam 5.05 petang ini selepas denyutan jantung mangsa berhenti.
Kata beliau, ekoran itu pihaknya mengklasifikasikan kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Bayi malang itu berada dalam keadaan koma selepas mengalami pendarahan di otak, lebam di dahi, pipi kanan, bawah mata kiri serta luka lama di bahagian dada, tangan dan kaki," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Isnin.
BACA: Bayi 12 bulan koma dipercayai didera ibu mental
Tambah Noorzainy, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai perubatan ICU hospital berkenaan kira-kira jam 5.30 petang yang memaklumkan bayi malang itu telah meninggal dunia pagi ini sbeelum denyutan jantung mangsa berhenti pada jam 5.05 petang ini.
Katanya, bedah siasat dijangka akan dilakukan esok.
Astro Awani
Mon Nov 27 2017
Bayi koma yang didera ibu kandung disahkan meninggal dunia petang ini. - Gambar Astro AWANI
Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
Ibu bapa, pengasuh bayi maut dipercayai didera ditahan
Polis menahan empat suspek termasuk ibu kandung dan bapa tiri seorang bayi perempuan yang maut awal pagi tadi dipercayai akibat didera bagi membantu siasatan.
Bayi dipercayai didera meninggal dunia
Bayi terbabit disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.45 pagi tadi selepas empat jam menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.