Setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada virus polio, Kementerian Kesihatan (KKM) pada Ahad memaklumkan seorang bayi lelaki berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah disahkan dijangkiti penyakit itu.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bayi itu mengalami demam diikuti lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital sebelum disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) Jumaat lepas (6 Dis).
Menurut beliau, bayi itu masih dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan.
"Hasil ujian pengesahan yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO) Polio Regional Laboratory di Australia, virus itu mempunyai perkaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di negara Filipina," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
BACA: Polio kembali! Kes pertama setelah 27 tahun Malaysia bebas jangkitan - KP Kesihatan
Menjelas lanjut, beliau berkata virus yang dilemahkan itu dikumuhkan oleh badan melalui najis dan dalam persekitaran yang tidak sanitari, ia boleh menjangkiti orang lain yang tiada imuniti terhadap polio serta ia terus tersebar dalam komuniti yang liputan imunisasi polio kurang daripada 95 peratus.
"Semakin lama virus itu tersebar dalam komuniti itu, ia mengalami mutasi genetik hingga menjadi virus yang kembali aktif, dikenali sebagai vaccine-derived poliovirus (VDPV) dan boleh menyebabkan poliomyelitis.
"Namun begitu, untuk mereka yang telah divaksinasi dengan vaksin poliomyelitis, mereka akan mendapat perlindungan daripada jangkitan penyakit itu," jelasnya.
Sementara itu, katanya, sehingga 5 Dis lepas, hasil siasatan di kawasan tempat tinggal kanak-kanak yang dijangkiti polio di Sabah itu mendapati 23 daripada 199 orang (11.6 peratus) yang berumur antara dua bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio.
"Ini satu keadaan yang sangat merunsingkan kerana penularan jangkitan cVPDV hanya boleh ditamatkan dengan imunisasi polio,” kata beliau.
Bagi memastikan negara terus bebas dari penyakit polio, beliau berkata KKM melalui semua Pejabat Kesihatan Daerah dan fasiliti kesihatan hendaklah antaranya memastikan pemantauan dan pengesanan AFP di semua fasiliti kesihatan diperkukuhkan.
Selain itu, pemantauan sampel persekitaran di kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti kawasan penempatan warga asing dari negara yang sedang mengalami polio perlu diperluaskan selain memastikan liputan imunisasi polio melebihi 95 peratus di semua lokaliti di Malaysia pada setiap masa.
Bagi negeri Sabah yang paling hampir dengan negara Filipina, liputan imunisasi yang tinggi adalah penting untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan polio," katanya.
Pada masa sama, menurutnya, KKM perlu meningkatkan aktiviti pemantauan kes cicir imunisasi serta meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan mengenai penyakit polio serta kepentingan imunisasi bagi mencegah polio dan menangani pengaruh antivaksin.
Orang ramai khususnya ibu bapa dinasihatkan supaya memastikan anak-anak telah mendapat imunisasi polio yang lengkap di mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran selain mengamalkan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran yang berterusan," katanya.
Untuk rekod, penyakit polio merupakan penyakit yang wajib dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 08 2019

Dr Noor Hisham berkata bayi itu mengalami demam diikuti lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital sebelum disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) Jumaat lepas. -Foto fail

Pei Jing mahu tamatkan gandingan dengan Kian Meng tanpa penyesalan
Selepas hampir sembilan tahun bergandingan dalam beregu campuran, Lai Pei Jing tekad mengakhiri perjalanan bersama Tan Kian Meng dengan prestasi terbaik tanpa dibayangi tekanan atau penyesalan, pada K

Chelsea raih bekalan tipis di Copenhagen
Walaupun bergelut di babak pertama, perubahan taktikal Enzo Maresca selepas rehat berjaya membuahkan hasil buat The Blues.
MWC 2025: Maxis Revolutionizing Malaysia’s Digital Landscape
At MWC 2025, Malaysia’s telecommunications and digital leaders are taking center stage, showcasing cutting-edge innovations that drive smart cities, education, and nationwide connectivity. As one of Malaysia’s leading telecom players, Maxis is at the forefront of 5G-Advanced technology, AI-driven learning, and bridging the digital divide.

Dua pelajar maut motosikal dilanggar kereta
Penunggang dan pembonceng motosikal masing-masing berusia 15 dan 16 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
MWC 2025: MEASAT Pioneering Malaysia’s Satellite Revolution
From bridging the digital divide in rural areas to advancing next-generation satellite technologies, MEASAT is at the forefront of Malaysia’s satellite communications evolution. At MWC 2025, MEASAT is showcasing its hybrid satellite connectivity, integrating Geostationary (GSO) and Low Earth Orbit (LEO) satellites, alongside CONNECTme broadband and Earth Observation (EO) innovations.

Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 330 orang pagi ini
Kesemua mereka melibatkan penduduk yang terjejas di dua daerah, iaitu Melaka Tengah dan Jasin, dengan mangsa ditempatkan di lima PPS.

Pastikan tubuh kekal terhidrat elak strok haba - Pakar
Masyarakat perlu memastikan tubuh kekal terhidrat bagi mengelakkan risiko dehidrasi dan strok haba.

Kanada akan terus berdepan perang perdagangan dengan AS
Kanada telah mengenakan tarif 25 peratus ke atas import as bernilai 30 bilion dollar Kanada.

AS adakan perbincangan dengan Ukraine mengenai pertemuan di Arab Saudi
Perbincangan itu susulan surat daripada Zelenskyy kepada Trump, yang disifatkan oleh Witkoff sebagai "langkah pertama yang positif".
AWANI Ringkas: Hubungan Malaysia-Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polio kembali! Kes pertama setelah 27 tahun Malaysia bebas jangkitan - KP Kesihatan
Beliau telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019.

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio
Bayi itu masih dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan.