Program Bazaar Amal Malaysia yang julung kali diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, bakal dijadikan acara tahunan dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan Malaysia di Indonesia.
Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Zainal Abidin Bakar berkata objektif utama program itu adalah untuk tujuan amal, namun ia turut menjadi platform dalam mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan dari Malaysia.
"Program tahun ini juga selaras dengan usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang menyasarkan 700 rangkaian francais Malaysia, beroperasi di Indonesia pada tahun 2020," katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.
Program anjuran Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (Perwakilan) Jakarta itu juga turut mempromosikan kebudayaan, produk-produk tempatan dan tempat pelancongan menarik di Malaysia, bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Menurut Ketua Perwakilan Jakarta, Datin Sakhiah Mohd Som, sebanyak 60 syarikat Malaysia dan Indonesia, menyertai program itu yang bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.
"Hasil penjualan akan disalurkan kepada pusat kebajikan di Indonesia dan Malaysia," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat Nov 30 2019
ZAINAL ABIDIN: Program tahun ini juga selaras dengan usaha KPDNHEP yang menyasarkan 700 rangkaian francais Malaysia, beroperasi di Indonesia pada tahun 2020. - Gambar fail
Pertambahan peruntukan penyakit jarang jumpa diharap bantu rawatan hemofilia
Peruntukan bagi menampung kos perubatan penyakit jarang jumpa yang ditingkatkan kepada RM25 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat menambah baik ekosistem rawatan hemofilia.
Waspada jemputan mesyuarat pelaksanaan projek menara 5G dan jendela 2 - MCMC
Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan penyebaran jemputan mesyuarat mengenai pelaksanaan projek menara 5G dan projek JENDELA 2 di Sabah yang didakwa berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada Selasa.
Sanggar Puisi 2024: Pupuk benih perpaduan melalui bahasa, sastera
Sanggar Puisi Perpaduan 2024 bertemakan "Perpaduan Dirai, Bahasa Disantuni" bertujuan untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya, di mana genre puisi dipilih kerana ia merupakan wadah bagi pembentukan identiti, budaya dan jati diri bagi sesuatu bangsa.
Polis KL tawar 50 peratus diskaun saman bermula hari ini hingga Sabtu
Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus kepada pesalah trafik bermula esok hingga Sabtu ini dengan kaunter dibuka di Balai Polis Tun H S Lee.
Dua lelaki warga emas maut langgar pembahagi Plaza Tol Sungai Besi
Dua lelaki warga emas maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini menghala Seremban, awal pagi Selasa.
Inisiatif PAKW perkukuh keberkesanan bantuan kerajaan
Pengukuran Anggaran Kualiti Wajar (PAKW) oleh DOSM membantu kerajaan menyampaikan bantuan lebih bersasar, memastikan rakyat mendapat akses keperluan asas dan meningkatkan kualiti hidup serta mobiliti sosial golongan berpendapatan rendah.
Persaingan sengit Kongres AS, tiada parti dijangka raih majoriti besar - Laporan
Parti Demokrat dan Republikan dijangka tidak memperoleh majoriti besar dalam Kongres semasa pilihan raya legislatif pada Selasa, lapor Agensi Berita Anadolu memetik laporan media tempatan.
Peranan Institut Integriti Malaysia diperluas sebagai pusat rujukan utama nasional
Peranan Institut Integriti Malaysia diperluas sebagai pusat rujukan utama nasional
Sudah tiba masa Institut Integriti Malaysia luaskan peranannya
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof Institut Integriti Malaysia (IIM) perlu memperkukuhkan kedudukannya sebagai pusat rujukan utama dalam soal integriti di peringkat nasional. #AWANInews
Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan
Kegunaan dron dapat menangani masalah penyeludupan termasuk dadah, barang kawalan dan barang-barang tidak sah yang keluar masuk dari Kelantan.
Bazaar Amal Malaysia di Jakarta tarik ribuan pengunjung
Objektif utama program itu adalah untuk tujuan amal, namun ia turut menjadi platform dalam mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan dari Malaysia.