Kerajaan Kedah memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan dan jualan sempena Aidilfitri yang akan berlangsung di semua daerah di negeri itu tahun ini.
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, keputusan itu dibuat sebagai inisiatif bagi mengelakkan orang ramai berkumpul, sekali gus berkemungkinan meningkatkan penularan wabak COVID-19.
“Justeru, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah yang sudah mengambil deposit daripada pembida (pemilik gerai) perlu memulangkan kembali wang deposit,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini, pada Rabu.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan kerajaan negeri itu mengambil keputusan membatalkan semua Bazar Ramadan dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
Kerajaan Negeri Terengganu pada Isnin turut mengumumkan perkara sama.
BACA: COVID-19: Tiada bazar Ramadan di Negeri Sembilan tahun ini
BACA: Kaji semula cadangan kendali bazar Ramadan, jualan Aidilfitri - Annuar
BACA: Belum ada keputusan untuk teruskan bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan
Dalam perkembangan berkaitan, Mukhriz berkata, skim Rancangan Perumahan Awam (RPA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik kerajaan negeri turut ditangguh pembayarannya selama enam bulan bermula 1 April hingga 30 September depan.
"Selain itu, kita turut memutuskan bahawa bayaran sewa Skim PPR Transit dan Sewa Kedai seliaan Bahagian Perumahan dikecualikan selama enam bulan," katanya.
Sementara itu, Mukhriz berkata, sebuah badan baharu iaitu Badan Penilaian Pemprosesan Operasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) turut ditubuhkan untuk memantau dan menilai operasi di kilang-kilang PKS sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Abdul Hadi Che Awang
Wed Apr 01 2020
MUKHRIZ: Semua PBT di setiap daerah yang sudah mengambil deposit daripada pembida (pemilik gerai) perlu memulangkan kembali wang deposit. - Astro AWANI
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
Dua suspek dadah ditahan, cuba lari daripada sekatan jalanraya
Dua lelaki ditahan polis selepas insiden kejar-mengejar antara kereta peronda polis dan Proton Satria dengan jarak hampir 35 kilometer di sekitar Damansara.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.