MERIAH bila tiba musim cempedak. Bau harum cempedak itu boleh buat mak-mak terkenang-kenang.
Nak goreng cempedak pun kalau kena gaya bancuhan tepungnya akan menambah keenakan rasa cempedak itu.
Peniaga ini, Ahmad Shukri Amiruddin berkongsi resepi buat bancuhan tepung cempedak yang garing, rangup dan tidak berminyak.
“Banyak resepi boleh digunakan untuk memasak cempedak. Ini resepi yang saya guna untuk berniaga cempedak goreng di warung saya setiap kali musim cempedak. Amat mudah sekali bahan-bahannya.
"Resepi turun temurun dari keluarga, cara orang kampung goreng cempedak supaya cempedak garing, rangup tidak berminyak.
"Yang penting tidak menggunakan soda bikarbonat. Saya sertakan juga beberapa petua.
Resepi Cempedak Goreng
Cempedak (Lebih sedap Cempedak Madu)
1.Tepung Beras Sepeket untuk sebiji cempedak
2. Marjerin atau minyak 3 sudu
3. Air kapur makan 2 sudu
4. Garam secukup rasa.
5. 2 cawan air suam.
6. Kunyit 1 sudu kecil
Cara-caranya
1. Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga agak pekat. Jangan terlalu cair.
2. Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.
Petua Goreng Cempedak
1. Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung. Cempedak akan kembang. Ini yang menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng.
2. Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat. Kulit tepung akan terkoyak.
3. Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup.
4. Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung.
Selamat mencuba.
Sumber/Foto : Chef Shukri, Warung Nasi Shukri Setia Alam Selangor.
*Artikel asal di Mingguan Wanita
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Mingguan Wanita
Sun Sep 05 2021
Nak goreng cempedak pun kalau kena gaya bancuhan tepungnya akan menambah keenakan rasa cempedak itu. -Gambar hiasan
Tidak wajar salahkan JAKIM isu GISB - Persatuan Ulama Malaysia
Kritikan terhadap JAKIM seolah hanya memberi merit kepada golongan tertentu yang dianggap membongkar isu GISB.
Alan Walker tunai janji, gegar KL Base 8 Nov ini
Peminat yang sudah mendapatkan tiket konsert sebelum ini tidak perlu mendapatkan tiket baharu.
RM17.5 juta dana kandungan kreatif mantapkan industri filem, muzik negara - Fahmi
Kementerian Komunikasi menawarkan Dana Kandungan Kreatif sektor filem dan industri muzik berjumlah RM17.5 juta kepada penggiat industri kreatif negara.
Saya tidak gemar pukul 'BBNU', pesan Denis Puric buat Jojo
Puric manyarankan jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo supaya memilih lawan yang lebih sesuai.
Jutawan AS individu awam pertama jelajah angkasa lepas
Jutawan Amerika Syarikat (AS), Jared Isaacman muncul individu awam pertama melakukan penjelajahan di angkasa lepas, dalam satu cubaan syarikat SpaceX untuk mengkomersialkan industri angkasa.
SPR tubuh pasukan penguat kuasa pantau kempen PRK Mahkota
SPR berharap kempen yang bermula hari ini hingga 11.59 malam 27 Sept ini berjalan dalam suasana penuh harmoni, mengikut undang-undang serta peraturan ditetapkan.
[TERKINI] Kartel pertanian: Amalan monopoli import benih, baja wajib dihentikan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan amalan kartel dalam sektor pertanian negara mesti dan wajib dihentikan.
PRK DUN Mahkota: Lebih 50% pengundi berada di luar kawasan
Antara cabaran dihadapi pada PRK DUN Mahkota ialah lebih 50 peratus pengundi di kawasan itu berada di luar kawasan termasuk bekerja di Singapura.
PRK DUN Mahkota: Semua pihak perlu hormati, jaga adab ketika kempen - Onn Hafiz
Pengarah Pilihan Raya BN DUN Mahkota, Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta semua parti politik menghormati dan menjaga adab sepanjang berkempen untuk PRK DUN Mahkota.
Mark Zukerberg catat nilai bersih pendapatan tertinggi
Ketua Pegawai Eksekutif Meta Platforms, Mark Zuckerberg, berpotensi menjadi orang terkaya di dunia selepas mencatat nilai bersih pendapatan paling tinggi tahun ini berdasarkan Indeks Bilionair Bloomberg, bahawa nilai bersih pendapatan pemilik media sosial Facebook, Instagram, Threads dan WhatsApp itu meningkat sebanyak AS$51 bilion (RM220 bilion) tahun ini, mencapai nilai kekayaan sebanyak AS$179 billion (RM771 bilion).
Begini cara orang kampung goreng cempedak... garing, rangup tak berminyak
Nak goreng cempedak pun kalau kena gaya bancuhan tepungnya akan menambah keenakan rasa cempedak itu.