Seramai empat juta pengguna domestik dengan bil RM77 ke bawah, atau penggunaan bawah 300kWj sebulan, bakal menerima bekalan elektrik percuma selama tiga bulan iaitu April, Mei dan Jun 2020.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara itu diperuntukkan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan yang diumumkan hari ini.
Sementara itu, pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun.
"Bantuan ini merupakan bayaran tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang dilaksanakan sejak 1 April lepas," katanya pada satu sidang media khas di sini hari ini.
Shamsul Anuar berkata, pada keseluruhannya, seramai 7.66 juta pengguna akan mendapat manfaat daripada bantuan tersebut yang berjumlah RM942 juta.
Bagi pengguna dengan penggunaan bawah 300kWj (52.2 peratus pengguna domestik) yang telah membuat bayaran bagi tempoh tiga bulan tersebut, nilai itu akan dikreditkan semula pada bil bagi bulan Julai.
Pengguna dengan penggunaan elektrik 300kWj ke atas yang telah menjelaskan bil mereka akan menerima potongan bil sehingga RM231 untuk tempoh tiga bulan itu dalam bil bulan Julai nanti, katanya.
Dalam pada itu Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut bersetuju untuk menghentikan aktiviti pemotongan bekalan elektrik sehingga 30 September ini.
Shamsul berkata, ia antara usaha kerajaan meringankan beban pengguna yang menghadapi kesukaran kewangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan krisis COVID-19 ketika ini.
Sementara itu, TNB pada sidang media sama turut mengulas mengenai bacaan meter bagi tempoh tiga bulan tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan orang ramai.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pihaknya akur pembaca meter TNB tidak dapat bertugas seperti biasa dalam tempoh itu selaras dengan arahan kerajaan.
BACA: Sidang media berkaitan isu bil elektrik oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli esok
VIDEO: Agenda AWANI: Mekanisme pengiraan Tarif & insentif bantuan rakyat
Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, kajian dibuat Suruhanjaya Tenaga (ST) mendapati sebahagian besar pengguna elektrik yang terkesan semasa tempoh PKP adalah dalam blok tarif 301-600kWj dengan kadar tarif 51.6 sen/kWj.
Disebabkan penggunaan elektrik yang tinggi semasa PKP, kumpulan ini, katanya, telah terkeluar daripada blok tarif yang sebelumnya dan memasuki blok tarif yang seterusnya iaitu dengan kadar 54.60 sen/kWj.
Ini menyebabkan bil elektrik mereka melonjak naik, sekali gus menyaksikan pengurangan diskaun daripada 15 peratus kepada hanya dua peratus.
"Bagi membantu pengguna yang termasuk dalam kategori itu, kerajaan telah memperkenalkan diskaun tambahan kepada pengguna elektrik dalam blok tarif 601-900 kWj dengan bil elektrik antara RM232.35 hingga RM395.60.
"Mereka akan menikmati diskaun tambahan lapan peratus menjadikan 10 peratus sebulan bagi bil elektrik bulan April hingga September, berbanding hanya dua peratus yang dinikmati sejak April lepas.
"Jumlah pengguna yang terlibat adalah seramai 916,000 orang atau 12 peratus daripada keseluruhan pengguna domestik," katanya.
Shamsul Anuar berkata, dengan tambahan bantuan ini, jumlah keseluruhan diskaun di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang diberikan kepada pengguna bagi tempoh 1 April hingga 30 Sept depan adalah sebanyak RM2.2 bilion.
Menurutnya, Dana Bantuan Prihatin Elektrik ini dibiayai kerajaan menerusi Kumpulan Wang Industri Elektrik, Kementerian Kewangan dan TNB.
Hilmi Malik
Sat Jun 20 2020

Pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih 300kWj akan menerima potongan RM77 sebulan.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.

Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.

PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.

Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.

Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.

Bantuan banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana - Nancy
Perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan.