Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.7 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu.
Beliau membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan, beliau didakwa menerima suapan berkaitan meluluskan penganjuran beberapa program di bawah suruhanjaya itu.
Daripada 33 pertuduhan ke atasnya, 31 pertuduhan adalah di bawah Seksyen 17 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membawa hukuman dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.
Manakala dua lagi pertuduhan pula di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sementara itu, anak tertuduh, Abdulazeez Wan Ruslan, 33, turut berhadapan empat pertuduhan menerima rasuah dan bersubahat dengan ibunya menerima suapan berjumlah RM160,000 di bawah Akta SPRM dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dihukum penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Hamidi Mohd Noor manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwaraya SPRM, Allan Suman Pillai.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan wang jaminan RM300,000 bagi Zahrah dengan dua penjamin m
Manakala RM70,000 bagi Abdulazeez dengan seorang penjamin.
Kes disebut semula pada 26 November depan.
Fareez Azman
Wed Oct 02 2019
Zahrah Abd Wahab Fenner mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.7 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Bekas CEO SSM, anak berdepan 37 pertuduhan rasuah melibatkan RM5.7 juta
Zahrah Abd Wahab Fenner mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.7 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu
PERSPEKTIF: Pemain papan selaju tempatan tidak mahu lagi 'dipijak'
Pemain papan selaju di negara ini melancarkan kempen boikot terhadap Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA) di Kuala Lumpur, mereka tidak mahu lagi dipijak.